seismik

Feri Pulau Rimau Jadi Restoran Terapung Pertama Di Pulau Pinang, Jom Check It Out!

Menarik ni, boleh singgah nanti!

Cover image via Sgk Veronica/Facebook

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada 11 November lalu, Captain Morgan Kitchen & Bar telah merasmikan pembukaan restoran terapung pertama mereka di Pulau Pinang

Difahamkan, feri penumpang tersebut telah ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2020. Kemudian, kapal Pulau Rimau itu telah diubah suai menjadi sebuah restoran terapung yang menawarkan masakan bertaraf antarabangsa.

Bukan itu saja, restoran tersebut juga dikatakan mesra Muslim dan anda boleh menikmati pemandangan laut yang panoramik sambil menjamu selera!

Boleh diakses melalui jambatan biru tepi laut, feri tiga tingkat ini boleh memuatkan sehingga 740 pengunjung

Restoran tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Captain Morgan dan Marina De Captain.

Tingkat bawah dan tingkat kedua menempatkan dapur dan kawasan makan Captain Morgan, di mana ia menyajikan pelbagai menu makanan laut, pasta dan terdapat pilihan makanan untuk vegetarian.

Manakala, Marina De Captain terletak di tingkat tiga dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 220 dan mempunyai rooftop bar.

Apa yang lebih menarik, pelayan restoran juga mengenakan uniform yang cantik serta memakai topi untuk menambah suasana seperti dalam pelayaran.

Pada waktu malam, restoran feri itu diterangi dengan lampu berwarna-warni yang menjadikan ia lebih menarik perhatian para pengunjung.

Memandangkan restoran feri ini mempunyai kapasiti muatan yang diluluskan, mereka hanya menerima pelanggan yang ingin dine in sahaja atas sebab keselamatan

Pelancong yang tak bercadang untuk dine in tidak boleh menaiki kapal, tetapi anda dialu-alukan untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan feri dari luar.

Buat masa ini, tiada pengumuman rasmi mengenai tarikh pembukaan restoran tersebut, tetapi kemungkinan restoran itu akan dibuka sepanjang tahun dari jam 4.30 petang hingga 12 malam, manakala rooftop bar akan beroperasi sehingga jam 2 pagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: