Pilih Konsep 'Istana Berputar', Kek Kahwin Ini Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records!
Lain daripada yang lain!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap pasangan pengantin pasti mengidamkan kek kahwin yang cantik di majlis persandingan mereka
Tidak terkecuali dengan pasangan pengantin ini yang memilih kek bertemakan replika istana berputar sebagai sebahagian dari hari bahagia mereka.
Malah, kek kahwin mereka turut mendapat perhatian dan tersenarai dalam Malaysia Book of Records!
Menerusi perkongsian daripada Facebook Malaysia Book of Records, kek kahwin yang dihasilkan oleh The CAKE Hunter itu sememangnya sangat cantik dan layak mendapat penghargaan.
Difahamkan, pengantin memilih tema berkenaan kerana persandingan mereka juga berkonsepkan ala-ala 'fairytale wedding'.
Ketinggian kek itu adalah 220cm dan lebarnya pula 230cm. Malah, ia mengambil masa sehingga dua bulan untuk merealisasikan 'Biggest Rotating Castle Wedding Cake' tersebut.
"Tahniah kepada THE CAKE HUNTER! Ini bukan sekadar kek manakala simbol kreativiti dan dedikasi yang mengubah definisi kek perkahwinan! Chef Hong baru sahaja menaikkan tahap kek kahwin!" katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!