Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Maybank Realisasikan Impian Dua Pelanggan Setia Menjadi Jutawan Sekelip Mata

Tahniah buat kedua-dua pemenang!

Cover image via Maybank

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hidup seorang bapa, Muhammad Nur Amin bin Mohd Zaibrib, 37 tahun, berubah sekelip mata apabila menerima panggilan tahniah daripada Maybank kerana memenangi RM1 juta di bawah kempen Mencari MAE-llionaire Maybank

Setelah mendapat berita itu, Amin dan isterinya menitiskan air mata kegembiraan.

"Saya hampir tidak percaya dengan rezeki saya yang luar biasa ini. Saya menggunakan aplikasi MAE setiap hari untuk keperluan peribadi dan perniagaan saya, tetapi saya tidak pernah menyangka saya boleh memenangi RM1 juta hanya dengan melakukan urusan perbankan melalui aplikasi ini.

"Saya teramat bersyukur dengan kemenangan yang diberikan oleh pihak Maybank yang datang tepat pada masa saya memerlukannya," katanya.

Amin, seorang pelanggan Maybank selama 17 tahun, telah mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia semasa pandemik untuk berada lebih dekat dengan keluarganya di Ipoh. Untuk menyara keluarganya, dia memulakan perniagaan mengedar barangan kebersihan rumah tetapi menghadapi kesulitan untuk memenuhi pembayaran pembiayaan bulanan dan bayaran yang tertunggak kepada pembekal.

Amin merancang menggunakan hasil kemenangannya untuk memperluaskan perniagaannya agar ke tahap yang lebih tinggi. Untuk memberi sokongan kepadanya dalam membuat keputusan kewangan yang lebih tepat, seorang pengurus hubungan Maybank akan bersedia untuk memberi nasihat kewangan yang sesuai dengan keperluannya.

Image via Maybank

Dalam kisah yang hampir sama, Mohd Faizul bin Husin, seorang jurutera tapak berumur 50 tahun dari Kuantan, berkongsi kegembiraannya setelah mendapat tahu yang dia telah memenangi RM1 juta melalui kempen Mencari MAE-llionaire Maybank

"Sebagai pemberi nafkah tunggal kepada tujuh ahli keluarga, saya sentiasa mengutamakan pengurusan kewangan dengan bijak. Kemenangan RM1 juta ini umpama mimpi yang menjadi realiti, dan saya amat berterima kasih kepada Maybank atas peluang yang akan mengubah hidup saya ini.

"Aplikasi MAE adalah pilihan utama untuk semua keperluan perbankan saya, dan saya sering mengesyorkannya kepada rakan-rakan sekerja kerana ianya mudah untuk digunakan," katanya.

Untuk Faizul, kemenangan ini merupakan peluang untuk menjamin masa depan keluarganya dan merealisasikan impian peribadinya. Sebahagian daripada kemenangannya akan digunakan untuk membiayai terapi khusus untuk anak autistiknya yang berusia lapan tahun, yang masih belum boleh bercakap.

"Terapi pertuturan sangat penting untuk anak saya, tetapi ia sangat mahal. Kemenangan ini memberi saya kemampuan untuk menyediakan penjagaan dan sumber terbaik mengikut keperluan khususnya," jelasnya.

Selama lebih dua dekad, Maybank telah bersama Faizul dalam setiap langkah perjalanan kewangannya. Bermula dari pekerjaan pertamanya dimana dia membuka akaun gaji dengan Maybank, Faizul telah mendapat manfaat dari pelbagai tawaran kewangan yang komprehensif dari bank termasuk pinjaman perumahan, kad kredit, dan akaun simpanan.

"Maybank telah menjadi rakan kewangan yang saya percayai melalui begitu banyak peristiwa penting dalam hidup saya. Kemenangan ini mengingatkan saya tentang nilai yang mereka berikan kepada kepada para pelanggan, dan saya amat berterima kasih kepada Maybank atas peluang luar biasa ini," tambahnya.

Pemenang Maybank Mencari MAE-llionaire bersama Syed Ahmad Taufik Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Maybank (tiga dari kiri) dan Datuk Hamirullah Boorhan, Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malaysia, Maybank (tiga dari kanan).

Image via Maybank

Kempen Mencari MAE-llionaire yang berlangsung hingga 28 Februari 2025, telah memberi ganjaran kepada dua pelanggan bertuah Maybank dengan RM1 juta setiap seorang dan kini sedang mencari pemenang terakhir hadiah RM1 juta

Untuk berpeluang menjadi MAE-llionaire terakhir di bawah kempen ini, pelanggan hanya perlu melakukan transaksi yang layak dengan jumlah minimum RM30* di aplikasi MAE. Semua transaksi yang layak di aplikasi MAE secara automatik didaftarkan untuk kempen. Transaksi yang layak termasuk:


  • Pembukaan dan pengaktifan akaun MAE Wallet

  • Pembayaran bil dan FPX*

  • Transaksi Scan & Pay (DuitNowQR)

  • Tambah nilai Prabayar dan permainan

  • Contactless Cash Withdrawal melalui aplikasi MAE di mana-mana ATM Maybank*

  • Pemindahan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Tabung Haji*, dan banyak lagi

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Mencari MAE-llionaire, sila layari maybank.my/maellionaire. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen-kempen Maybank yang lain, pelanggan boleh layari www.maybank2u.com.my

Image via Maybank

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment