"Melawan Hukum Angsa" - Tindakan Gadis Ini Leraikan Angsa Bergaduh Buat Netizen Terhibur
Angsa tu pun pelik.
Setiap kali pulang ke kampung halaman, sudah pasti kita akan dapat lihat banyak haiwan ternakan di sekeliling
Dalam banyak-banyak haiwan ternakan itu, angsa lah yang paling tidak digemari untuk didekati kerana sifatnya yang secara tiba-tiba suka cari pasal mengejar orang yang berdekatan dengannya.
Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video tular di TikTok memaparkan seorang gadis dengan selambanya meleraikan dua ekor angsa yang sedang bergaduh.
Lihat video tersebut di bawah:Selamba dukung angsa yang mahu bergaduh
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis berani menghalang dua ekor angsa daripada bergaduh dan dengan selamba dia mendukung salah seekor angsa tersebut pergi jauh daripada seekor lagi angsa.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, punca pergaduhan antara dua ekor angsa itu adalah disebabkan salah seekor angsa itu sudah lama duduk terasing diletakkan bersama kambing dan menyebabkan baunya sudah lain.
Image via @hand0ken (TikTok)
Image via @hand0ken (TikTok)
"Saya pernah kena gigit kak sebab lambat buka gate. Akak siap dukung ya hmm" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 457.6K views, 26.1K likes dan 614 shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan reaksi terhibur terhadap tindakan gadis itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:Image via @hand0ken (TikTok)
Image via @hand0ken (TikTok)
Image via @hand0ken (TikTok)
Member lagi seekor panas tak dapat gaduh :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment