[VIDEO] Hantar Abang Sambung Belajar, Dua Beradik Ini Menangis Perlu Berpisah Dengan Abang
Nampak keakraban mereka ni.
Bila saja tiba masa untuk hantar anak sambung belajar, sudah pasti momen semasa berpisah itu pasti akan ada yang beremosi
Mungkin disebabkan hubungan rapat dan selalu meluangkan masa bersama menyebabkan seseorang itu beremosi semasa berpisah.
Itulah yang dapat dilihat menerusi sebuah video tular di TikTok memaparkan momen dua orang adik menghantar abang mereka sambung belajar.
Lihat video tersebut di bawah:
Adik-adik menangis sebab nak berpisah dengan abang
Menerusi video tersebut, kelihatan kedua-dua adik pelajar tersebut tidak dapat menahan emosi apabila terpaksa berpisah dan berjauhan dengan abang mereka.
Menerusi kapsyen yang ditulis pada video itu, tiga beradik itu sememangnya rapat dan sebab itulah mereka menangis kerana terpaksa berjauhan.
"Adik-adik aku tak menangis pun, adakah diorang tak sayang aku huhu" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 3.1M views, 187.1K likes dan 5.3K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan reaksi tersentuh dengan video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!