seismik

Lelaki Bawa Masuk Anjing Ke Dalam Dobi Layan Diri Undang Teguran Pengguna Lain

Kejadian dikatakan berlaku di Melaka.

Cover image via @nanmanjoi8715 (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dobi layan diri banyak menjadi pilihan orang ramai disebabkan ianya mudah untuk digunakan

Kemudahan yang ada pada dobi layan diri sememangnya telah menyenangkan penggunanya terutama bagi mengeringkan pakaian.

Perkhidmatan dobi layan diri ini juga menjadi pilihan ramai apabila masyarakat tidak kira bangsa menggunakannya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan kejadian seorang lelaki ditegur oleh seorang lelaki lain yang merakam perlakuan lelaki itu di sebuah dobi layan diri.

Lihat video tersebut di bawah:

Selamba bawa anjing ke dalam premis awam

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu sedang menggunakan sebuah mesin basuh sambil membawa anjingnya yang diletakkan di dalam sebuah bakul.

Kelakuan lelaki itu mendapat perhatian perakam video tersebut di mana dia telah menegur lelaki tersebut untuk membawa keluar anjingnya dari premis tersebut.

"Benda simple la, if you need to bring your pets to a shop, like a laundromat etc, letak dalam carrier yang boleh tutup" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ia telah meraih sehingga 66.5K views, 150 reposts, dan 200 likes.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter:

Tak kisah kucing atau anjing, tak sesuai bawa masuk haiwan peliharaan tanpa carrier ke dalam premis awam macam ni

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: