[VIDEO] Abang Kurier Minta Panggil Mak, Budak Perempuan Ini Pula Ajak Main Tolak Pagar
Patutlah parcel dah dua minggu tak sampai-sampai.
Beli-belah atas talian telah menjadi pilihan ramai disebabkan kelebihannya
Bukan sahaja dapat membeli barang dengan harga yang lebih murah malah dapat menjimatkan kos untuk keluar membeli barang di kedai.
Namun begitu, beli belah atas talian mempunyai kelemahan juga antaranya adalah barang yang dibeli mengambil masa untuk sampai ke pembeli.
Tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang bekerja sebagai kurier diajak bermain oleh seorang budak perempuan dan perkara ini mungkin menjadi penyebab barang anda lambat sampai.
Lihat video tersebut di bawah:
Diminta panggil mak, tapi bermain tolak-tolak pagar pula
Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat meminta kanak-kanak berkenaan untuk memanggil ibunya supaya dia boleh memberi barang tersebut dari tangan ke tangan.
Apa yang menghiburkan adalah semasa lelaki tersebut meminta budak itu memanggil ibunya, kanak-kanak tersebut boleh pula mengajak bermain tolak pagar.
Tanpa berfikir panjang, lelaki itu melayan sahaja kerenah budak perempuan itu dengan menolak semula pagar rumah sambil membuat efek bunyi menggunakan suaranya dan perkara tersebut membuatkan budak itu seronok.
"Hahaha abang courier is me. Takde masa or penat nak layan budak, tapi tetap layan" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.4M views, 110.4K likes dan 2K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan reaksi terhibur terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!