Berubah Sekelip Mata, Ibu Ini Cipta Gaun Kreatif Untuk Peragaan Fesyen Anak Di Sekolah
Style habis.
Sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia yang lepas, banyak sekolah dilihat menganjurkan pertandingan fesyen
Lihat saja di mana-mana platform media sosial, pasti ada saja cerita tentang pertandingan fesyen sempena bulan kemerdekaan yang memaparkan keunikan pakaian para peserta.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan keunikan pakaian seorang peserta pertandingan fesyen di sekolahnya.
Lihat video tersebut di bawah:
Hasil idea kreatif ibu pelajar tersebut
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar perempuan itu meragakan pakaian tersebut dengan berpusing di atas pentas.
Apa yang menarik adalah, pakaiannya berubah menjadi pakaian lain yang mempunyai tema bendera Jalur Gemilang. Kapsyen yang ditulis oleh ibunya di TikTok juga menunjukkan bahawa idea itu datang dari ibu pelajar tersebut.
"Mesti orang lain ingat biasa je dress dia, sekali haa. Tepuk" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 736.2K views, 30.4K likes dan 1.4K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok memuji kreativiti pakaian yang dihasilkan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!