Pipi Budak 7 Tahun Bengkak, Ustazah Disyaki Lempang Murid Sebab Tak Jumpa Surat
Sebab tak jumpa surat je kot.
Selepas ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah, para guru pula akan bantu memerhatikan anak mereka di sekolah
Guru boleh membantu anak murid jika ada berlaku sesuatu seperti kecederaaan atau jika berlaku kecemasan.
Jika anak murid melakukan kesalahan, guru boleh memberi amaran untuk mendisiplinkan mereka dengan cara memberi peringatan secara lisan.
Lain pula jadinya apabila tular baru-baru ini sebuah hantaran di Twitter memaparkan seorang budak lelaki berumur 7 tahun disyaki dilempang oleh seorang ustazah.
Lihat hantaran tersebut di bawah:
Kejadian dikatakan berlaku di khalayak ramai
Menerusi hantaran oleh @ndfna di Twitter, budak lelaki yang juga anak saudaranya itu dikatakan dilempang hanya kerana tidak menjumpai surat di dalam beg.
Budak tersebut kemudiannya dibawa ke klinik disebabkan terdapat kesan pada mukanya. Selepas sahaja dibawa ke klinik, doktor mengesahkan budak itu baru sahaja dilempang sehingga bengkak pada bahagian kiri pipinya.
Kejadian tersebut juga dikatakan berlaku di hadapan orang ramai berdasarkan laporan yang ditulis pada surat klinik menyatakan budak lelaki itu dilempang di dewan sekolah.
Terdapat juga tangkap layar perbualan bapa kepada budak berkenaan dengan salah seorang guru mendedahkan terdapat guru lain juga berada di lokasi kejadian pada masa itu.
Laporan polis sudah dibuat, budak lelaki itu pula trauma sehingga demam panas
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 1, Klang. Tambah lagi wanita yang membuat hantaran di Twitter itu, surat yang dicari oleh anak saudaranya itu dijumpai selepas budak itu mencari kembali surat tersebut.
Laporan polis sudah dilakukan oleh ibu kepada budak berkenaan dan kes sedang disiasat polis. Wanita itu juga ada menyatakan pelaku masih lagi tidak menghubungi ibu bapa murid itu untuk meminta maaf mahupun bertanya khabar.
Budak lelaki itu juga dikatakan sudah mula demam panas dan setiap kali nama ustazah itu disebut dia menutupkan telinganya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!