seismik

Macam Dengar Lagu Negaraku, Kembar Tiga Ini Berdiri Tegak Tengok Usop Mentor Nyanyi

Khusyuk betul tu.

Cover image via @ikhwanbahrun (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kadangkala perkara yang menarik boleh membuatkan kita terlalu tekun untuk menumpukan penuh perhatian terhadapnya

Tidak kiralah ketika menonton rancangan kegemaran ataupun mendengar lagu, jika ia dapat menarik perhatian kita sudah tentu kita akan tumpukan perhatian padanya.

Itulah yang berlaku dalam sebuah video di TikTok memaparkan tiga orang kembar dengan tekun melihat Usop Mentor menyanyi di televisyen.

Lihat video tersebut di bawah:

Berdiri tegak macam dengar lagu Negaraku

Menerusi video tersebut, kelihatan ketiga-tiga kembar tersebut sedang berdiri tegak sambil khusyuk menonton Usop Mentor menyanyi di televisyen.

Apa yang menghiburkan adalah kembar tiga tersebut berdiri seakan-akan seperti mendengar lagu Negaraku kerana mereka dilihat berdiri tegak tanpa bergerak sedikit pun.

"Weh, macam triplet cerita Brave tu! Comel" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 551.2K views, 37.4K likes dan 1.3K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan reaksi terhibur terhadap gelagat kembar tiga itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tiga-tiga sekali pula tu duduk diam :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: