Gamuda Cove Meningkatkan Lagi Tawaran Riadah & Rekreasi Baru Untuk Pengunjung Nikmati
Ini termasuk Pusat Arboretum Wetlands yang baru dibuka & pengembaraan baru di Discovery Park
Gamuda Land memperkenalkan pelbagai tarikan riadah dan rekreasi baru di Gamuda Cove
Bagi memperkuatkan lagi Gamuda Cove sebagai destinasi riadah dan ekopelancongan di Lembah Klang, Gamuda Land telah memperkenalkan lagi tarikan rekreasi yang baru selepas sambutan yang tinggi diperoleh menerusi Taman Tema Air SplashMania.
Antara tarikan baru tersebut ialah bengkel pendidikan alam semula jadi yang menyeronokkan di Pusat Arboretum Wetlands. Selain itu, terdapat tiga aktiviti lasak baru yang ada di Discovery Park iaitu Go-kart, Paintball dan ATV.
Terdapat juga aktiviti lain seperti Aerobar yang pertama di Asia Tenggara, trampolin, memanah, Goosebumps Rope Course dan pelbagai lagi.
Pusat Arboretum Wetlands di Gamuda Cove membawa pengunjung mengenali alam secara dekat
Tempat ini berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan pemeliharaan benih-benih tumbuhan hutan dengan fokus pada penanaman spesies tumbuhan tanah lembap yang terancam dan mempunyai kepentingan pemuliharaan. Tempat ini juga memaparkan spesimen tumbuhan yang lazim ditemui dalam habitat paya gambut.
Pusat Arboretum Wetlands akan merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan ini dengan mencipta peluang ekopelancongan dan pekerjaan seperti ahli arborists, naturalists, horticulturalists, botanists dan lain-lain.
Dengan paparan yang komprehensif mengenai ekosistem paya gambut, orang ramai akan mendapat manfaat daripada pengetahuan mengenai pentingnya setiap spesis, penggunaannya, nilai perubatan dan banyak lagi, terutamanya kerana spesis-spesis ini adalah spesis asli dari Malaysia.
Gamuda Cove, hab riadah, hiburan dan ekopelancongan
"Dengan kehadiran penawaran dan tarikan tambahan ini, bersama dengan Taman Tema Air SplashMania, Gamuda Cove menempatkan dirinya sebagai destinasi popular untuk percutian keluarga, team building, tempat bagi pengembaraan dan menikmati alam semula jadi," kata N. Sanjay, Pengurus Besar (Leisure & Hospitality) Gamuda Land.
"Seseorang itu akan ingat tempat di mana mereka dibesarkan, jadi bagi kami, sebuah bandar yang baik adalah di mana orang ramai boleh menikmati dan mencipta kenangan yang berkekalan.
"Itulah sebabnya kami memastikan sentiasa ada sesuatu yang boleh dilakukan di sini bersama komuniti agar orang ramai akan berkenalan antara satu sama lain dan berkongsi pengalaman istimewa bersama-sama," tambahnya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!