seismik

[VIDEO] Terlalu Feeling Dengar Lagu, Budak Ini ‘Mosh’ Di Program Sukaneka Sekolah

Hati-hati dik kena tengok orang sebelah juga.

Cover image via @acapalam (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila lagu kegemaran dimainkan di radio ataupun didengari pada pembesar suara, sudah pasti kita akan turut nyanyi bersama

Tidak kiralah ketika sedang bersendirian mahupun ketika di tempat awam, lagu kegemaran yang didengari sudah pasti akan membuat kita turut nyanyikan lagu tersebut bersama.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang budak lelaki sedang melayan lagu Malampagi dengan penuh semangat ketika lagu itu dipasang.

Lihat video tersebut di bawah:

@acapalam

Harini kita bagi dia enjoy. Lepasni bawa berubat

original sound -

Terlalu feeling lagu tersebut sampai buat mosh

Menerusi video tersebut, dapat dilihat budak lelaki itu pada mulanya hanya mengikut bernyanyi bersama. Namun, bila sahaja masuk di pertengahan lagu tersebut, budak lelaki berkenaan dengan rancak terus menari mengikut rentak lagu.

Turut dilihat adalah rakan-rakannya di sekeliling juga melompat-lompat sambil menyanyikan lagu itu. Apa yang menghiburkan adalah budak lelaki tersebut seakan-akan hendak mosh apabila dia menggerakkan tangan dan kakinya secara agresif.

"Part oh no, terus masuk alam lain. Comel sangat" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 2.5M views, 171K likes dan 9.6K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan reaksi terhibur terhadap gelagat budak lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lepas geram ya dik, kat rumah mesti tak boleh buat :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

You may be interested in: