seismik

Sewa RM300 Serupa Liang Lahad, Netizen Dedah Bilik Sewa Ini Benar-Benar Wujud

Ada kipas, itu pasal jadi RM300 kot.

Cover image via @pedoqpop (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kemudahan untuk menyewa bilik dilakukan untuk individu seperti pekerja dan pelajar

Disebabkan lokasi kerja ataupun tempat belajar jauh dari kampung halaman, orang ramai terpaksa mencari bilik sewa yang berdekatan bagi memudahkan pergerakan mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di Twitter mengenai bilik sewa yang dilihat seperti tidak masuk akal kerana rupa bilik tersebut hanyalah seperti sebuah stor tetapi sewa bulanan berharga RM300.

Lihat hantaran tersebut di bawah:

Netizen sempat menghubungi agent untuk mendapatkan butiran

Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat keadaan bilik sewa yang sangat daif kerana ruangnya yang sangat kecil dan tiada ruang pengudaraan.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian daripada @keywai_ di Twitter, dia sempat menghubungi agent untuk bilik sewa tersebut bagi mendapatkan kesahihan tentang keberadaan bilik sewa tersebut.

"Weh yang bawah tu kena merangkak dan guling-guling ke kalau nak masuk?" - Netizen

Susulan tularnya hantaran tersebut di Twitter, ianya telah meraih sehingga 590K reposts, 1.8K likes dan 291K views.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap hantaran berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Siapalah yang sanggup tinggal di sini ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: