"Kasih Ibu" - Wanita Meninggal Dunia Selepas Sempat Mengajar Anak Sesak Nafas Bersyahadah
Kasih ibu sampai akhir hayat.
Kasih dan pengorbanan seorang ibu tentunya tiada ganti
Pemergian orang tua pasti sesuatu yang sakit untuk diterima bagi setiap orang bergelar anak kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.
Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di Twitter yang menceritakan tentang kisah ibu temani anaknya yang terkena serangan sesak nafas.
Lihat hantaran tersebut di bawah:
Pesakit stabil tetapi malangnya ibunya pula meninggal dunia terkena serangan jantung
Menerusi hantaran dari pegawai perubatan itu, pesakit itu mengalami kesukaran bernafas dan kemudiannya rebah selepas beberapa minit.
Semasa CPR dilakukan, pegawai perubatan itu meminta ibu kepada pesakit tersebut untuk mengajar anaknya bersyahadah dan wanita itu terus duduk disisi pesakit berkenaan membacakan syahadah berulang kali kepada anaknya.
Pesakit tersebut dibawa ke hospital dan terus diberikan CPR sebelum dimasukkan ke ICU. Pesakit tersebut stabil namun malangnya ada khabar berita ibu pesakit itu telah meninggal dunia semasa lelaki itu masih di dalam wad zon merah.
Si ibu tersebut rebah di perkarangan hospital
Tambahnya lagi dalam hantaran di Twitter itu, Ibu pesakit tersebut telah terkena serangan jantung di perkarangan hospital selepas menghantar anaknya.
Pegawai perubatan itu juga ada menyatakan yang dia ada memikirkan bahawa syahadah yang dibacakan ibu itu untuk anaknya adalah sebenarnya untuk dirinya sendiri.
Hantaran yang dikongsikan oleh @syazwandva telah mendapat 2.2K reposts, 233 quotes, 4.4K likes dan 378.5K views di Twitter.
Rata-rata balasan yang diberikan netizen turut menyampaikan perasaan duka dan mendoakan untuk kedua-dua beranak itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!