seismik

[VIDEO] Pengayuh Beca Selamba Hisap Gam Ketika Berhenti Di Tengah Jalan Jadi Bualan Ramai

Boleh bahayakan pengguna jalan raya yang lain ni.

Cover image via @isusemasaviral (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika bercuti ke Melaka atau Pulau Pinang, menaiki beca adalah salah satu tarikan yang kita perlu cuba

Di samping dapat bersiar-siar di sekeliling pekan, pengunjung juga dapat merasai sendiri pengalaman bagaimana orang pada masa lalu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain menggunakan beca.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan seorang pengayuh beca melakukan sesuatu yang bukan sahaja membahayakan dirinya malah boleh membahayakan penumpang beca yang dikayuhnya.

Lihat video tersebut di bawah:

Beca yang dibawa bukan untuk pelancong tetapi untuk bapanya yang tidak boleh berjalan

Menerusi video yang tular tersebut, pengayuh beca berkenaan dilihat berhenti di tengah jalan mungkin disebabkan lalu lintas.

Apa yang mengejutkan adalah ketika lelaki itu berhenti, dia dilihat menghisap plastik yang disyaki berisi gam.

Menerusi tinjauan di ruang komen, terdapat perkongsian dari seorang pengguna Twitter yang mendedahkan pengayuh beca tersebut sebenarnya hanya menggunakan beca itu untuk membawa bapanya yang tidak boleh berjalan dan bukannya membawa pelancong.

"Polis dah tak larat nak ambil tindakan dah, dia tak kacau orang pun, dia siap jaga bapa dia lagi even dia macam tu" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ia telah meraih sehingga 666K views, 2.1K reposts, 2.3K likes dan 106 bookmarks.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen lain daripada netizen di Twitter:

Harap pihak berkuasa dapat lakukan sesuatu sebelum pengguna jalan raya lain terkesan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: