[VIDEO] Wanita Ini Kongsi Rakaman Diganggu Kenderaan Pacuan 4 Roda Di Lebuh Raya
Kejadian dikatakan berlaku ketika wanita itu memandu dari Yong Peng ke Senawang.
Kejadian buli di jalan raya sering melibatkan kenderaan yang lebih besar mengganggu kenderaan lebih kecil
Disebabkan saiz lebih besar, pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab gunakan kelebihan itu untuk mengganggu pengguna jalan raya lain seperti menghalang laluan dan mencucuk rapat dari belakang.
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila tular video rakamannya di TikTok memaparkan dia diganggu oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda di lebuh raya.Lihat video tersebut di bawah:
Sempat masuk ke RnR untuk melepaskan diri dari kereta belakang
Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat sempat merakam kejadian dia diganggu. Video menunjukkan kenderaannya diekori rapat oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Kenderaan pacuan empat roda itu juga dilihat memperlahankan kenderaannya di hadapan kenderaan wanita berkenaan dan memberi double signal seperti mengarahkannya untuk berhenti.Selepas hampir sejam diekori, wanita itu sempat membelok masuk ke RnR bagi melepaskan dirinya daripada terus diganggu walaupun sedang membawa kereta dengan laju.
Lelaki yang membawa kenderaan pacuan empat roda itu cuba menjelaskan apa yang berlaku
Menerusi tinjauan di bahagian komen, terdapat pendedahan yang dibuat netizen memberitahu identiti pemandu pacuan empat roda itu.
Pada laman Facebook lelaki yang disyaki pemandu pacuan empat roda berkenaan, orang ramai dilihat telah menyoalkan tentang kejadian yang berlaku kepadanya. Lelaki tersebut dilihat membalas beberapa komen dan cuba menjelaskan apa yang berlaku tetapi masih tidak ada jawapan yang jelas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!