“Aik Macam Lain Je” - Lelaki Beri Kata-Kata Hikmah Pada Rakan Tapi Macam Tersilap Pula
Janganlah macamtu bang, selamat kena juga.
‘Biar lambat asal selamat’, ayat ini sering didengari ketika sedang memandu.
Kadangkala kita tak sedar yang kita sedang memecut laju semasa memandu dan selalunya penumpang yang menaiki kereta pasti akan berpesan untuk memperlahankan kenderaan dan diakhiri dengan ayat "biar lambat asal selamat".
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki memberi peringatan kepada rakannya yang sedang membawa lori untuk pandu perlahan.
Lihat video tersebut di bawah:
Silap satu perkataan terus ubah maksud
Menerusi video berkenaan, seorang lelaki dilihat sedang merakam rakannya yang sedang membawa lori sempat memberi peringatan untuk bawa lori tersebut dengan kelajuan yang sederhana.
Apa yang menghiburkan adalah lelaki itu mungkin cuba untuk mengatakan "lebih baik lambat asalkan selamat" tetapi apa yang keluar dari mulutnya adalah "lebih baik lambat daripada selamat" sekaligus mengubah maksud asal ayat.
"Sudahlah lambat, tak selamat pula tu" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 972.6K views, 96.8K likes dan 6.6K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan reaksi terhibur terhadap kata-kata lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!