seismik

Pelanggan Sejuk Hati Nampak Signage Comel, Tapi Pemandu e-Hailing Ini Pula Buat Hal

Aduh, dari nak rate tinggi terus tukar fikiran.

Cover image via @mulut_cabai (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam industri perkhidmatan e-hailing, kepuasan pelanggan dapat ditentukan dengan rating yang diberikan kepada pemandu

Pemandu yang memberikan servis baik seperti memandu secara berhemah pasti akan mendapat rating baik, manakala pemandu yang membuatkan penumpang tidak selesa kemungkinan besar akan mendapat rating rendah.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di Twitter oleh @Mulut_Cabai berkongsi pengalamannya menggunakan perkhidmatan e-hailing yang pada mulanya mendapat tanggapan pertama baik oleh lelaki itu namun selepas beberapa minit perkara sebaliknya berlaku.

Lihat hantaran tersebut di bawah:

Memandu sambil melayan YouTube dan TikTok

Menerusi hantaran tersebut, lelaki itu pada mulanya berasa sejuk hati melihat sebuah papan hitam kecil yang mempunyai nota daripada anak kepada pemandu e-hailing berkenaan.

Namun begitu, segalanya berubah selepas hanya beberapa minit perjalanan dimulakan. Pengalaman menaiki menaiki kereta pemandu e-hailing itu digambarkan tidak menyenangkan oleh lelaki tersebut disebabkan kelakuan pemandu berkenaan.

Lelaki itu mendedahkan pemandu e-hailing tersebut memandu memakai headphones sambil matanya menonton YouTube dan TikTok.

Leka bermain telefon sehingga tersalah jalan

Pemandu tersebut juga tersilap jalan apabila lelaki tersebut mendedahkan bahawa pemandu itu memasuki jalan sehala dalam keadaan salah arah menyebabkan kereta itu perlu mengundur.

Terdapat juga perkongsian yang dilakukan oleh seorang wanita di bahagian komen mengatakan dia juga mendapat pemandu yang sama semasa menggunakan perkhidmatan e-hailing itu beberapa hari lepas.

Wanita itu mendedahkan kereta yang dinaikinya itu hampir kemalangan disebabkan pemandu itu brek secara mengejut. Pemandu itu juga dikatakan memakai headphones dan menonton YouTube ketika memandu.

Kesian dekat customer tak tenang duduk belakang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: