[VIDEO] Lafaz Akad Nikah Guna Bahasa Isyarat, Cara Pengantin OKU Ini Nikah Raih Perhatian
Macam ni rupanya.
Akad nikah mungkin adalah saat yang mendebarkan buat pengantin lelaki
Bila tiba saja masa untuk melafazkan akad nikah, pengantin lelaki pasti akan berasa gemuruh sehingga ada yang tersasul semasa melafazkan akad. Tetapi, bagaimana pula orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan melafazkan akad nikah?
Persoalan tersebut dapat dijawab menerusi sebuah video TikTok memaparkan seorang pengantin OKU bisu melakukan akad nikah dengan cara tersendiri.
Lihat video tersebut di bawah:
Menggunakan bahasa isyarat dan penterjemah untuk akad nikah
Menerusi video tersebut, pengantin itu dilihat mendapat bantuan daripada seorang wanita yang boleh menggunakan bahasa isyarat menjadi perantara antara pengantin dengan Tok Kadi.
Selepas wanita tersebut berkomunikasi dengan pengantin lelaki itu dengan menggunakan bahasa isyarat, pengantin berkenaan menggunakan bahasa isyarat sebagai pengganti untuk melafazkan akad nikah.
"First time tengok and now nangisss" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 5.5M views, 516K likes dan 7.8K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok memberikan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!