seismik

Berhenti Di Lampu Isyarat, Skil Rider Ini Tidak Jejak Kaki Ke Tanah Buat Netizen Terhibur

Isaac Newton menangis tengok video ni.

Cover image via @gigi.bssd (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai penunggang motosikal, kestabilan itu penting bagi memastikan penunggang tidak jatuh semasa membawa motosikal

Seperti yang dilakukan semasa ujian memandu bagi motosikal, ujian titi dapat menunjukkan sama ada seseorang itu mempunyai kestabilan yang tinggi atau sebaliknya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang penunggang motosikal sedang berhenti di simpang lampu isyarat sambil menunjukkan kestabilannya dalam menunggang motosikal.

Lihat video tersebut di bawah:

@gigi.bssd

lagi scrolling galeri eh nemu video ini yang aku videoin tahun lalu, btw bapak ini kakinya ngk diturunin dari awal lampu merah sampe lampu hijau. Ngakak? ya pasti

bunyi asal - haa

Tak mahu jejak kaki ke tanah sehinggalah lampu bertukar hijau

Menerusi video tersebut, seorang lelaki kelihatan sedang menunjukkan skilnya menstabilkan motosikal ketika berhenti di lampu isyarat tanpa menjejakkan kaki ke tanah.

Apa yang mengagumkankan adalah lelaki tersebut berjaya untuk tidak menjejakkan kaki ke tanah sehinggalah lampu isyarat bertukar hijau.

Dalam masa yang sama perlakuan lelaki itu telah menghiburkan netizen disebabkan cara penunggang motosikal itu cuba menstabilkan motosikalnya dengan menggerak-gerakkan badannya.

"Aku time lesen motor hari test JPJ tiba-tiba gelabah semacam jadi gini lah kat titi tu" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 24.6M views, 3.1M likes dan 90K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan reaksi terhibur terhadap gelagat lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bagus juga ni, daripada main phone kat traffic light baik uji kemahiran stabilkan motor.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: