seismik

Buat Content Bersama Campur Jantina Serumah, YouTuber Popular Ini Didakwa Ganggu Kejiranan

Kejiranan itu dikatakan berada di Cyberjaya

Cover image via Mohd Fadli Salleh (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kediaman yang mahal selalunya didiami oleh orang yang mahukan privasi dan tinggal dalam keadaan yang tenteram

Kediaman seperti ini biasanya dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti mempunyai pengawal keselamatan yang menjaga pintu masuk.

Perkara ini mampu memastikan tiada orang luar sesuka hati boleh memasuki kawasan kejiranan dan mengganggu ketenteraman mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di Facebook memaparkan pendedahan tentang seorang YouTuber didakwa telah mengganggu kejiranan di sebuah residensi di Cyberjaya.

Lihat hantaran tersebut di bawah:

Didakwa mengganggu sehingga memberi kesan kepada ketenteraman penduduk

Menerusi hantaran Facebook oleh Mohd Fadli Salleh, dia mendedahkan gangguan yang diterima oleh penduduk di sebuah residensi di Cyberjaya apabila dia menerima aduan daripada penduduk yang tinggal di situ.

YouTuber itu didakwa mengganggu ketenteraman kawasan perumahan itu apabila terdapat aduan daripada penduduk mengatakan mereka tidak menghormati privasi penduduk kerana sering membuat bising dan biadap dengan jiran.

Mereka juga dikatakan bergaduh dengan pengawal keselamatan, membuat bising tengah-tengah malam, memarkir kereta di kawasan rumah jiran dan berdua-duaan dalam gelap di taman.

Susulan tularnya dakwaan itu, YouTuber tersebut memberi respon mahu saman penuduh

Selepas tularnya dakwaan YouTuber dan teamnya membuat gangguan di kawasan perumahan itu, Dia tampil dengan kenyataan balas menerusi hantaran di laman Instagramnya.

YouTuber berkenaan menyatakan bahawa dia tak teragak-agak untuk mencari dan saman pihak yang menuduhnya tanpa bukti.

Dalam pada itu, menerusi hantaran terkini oleh Mohd Fadli Salleh, jiran yang membuat aduan itu tidak gentar dengan kenyataan yang dilakukan oleh YouTuber berkenaan malah dikatakan sudah bersedia dengan bukti-bukti.

Image via Instagram

Siapa je tak sakit hati duduk rumah beli juta-juta tapi tak tenteram jiran buat kacau.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: