Member Tiba-Tiba Nyanyi Lagu Ulek Mayang Masa Basuh Baju, Tak Sangka Pula Kena Kacau
Sebab tu orang cakap jangan main-main dengan lagu Ulek Mayang.
Ulek Mayang merupakan satu tarian tradisi Melayu di negeri Terengganu
Ada yang mengatakan lirik dan tarian tersebut merupakan satu ritual untuk memanggil makhluk ghaib di dalam laut. Oleh sebab itu, sehingga kini ramai yang memesan supaya jangan menyanyi lagu Ulek Mayang.
Baru-baru ini, tular satu posting di laman X yang mengisahkan seorang lelaki dikacau selepas menyanyi lagu Ulek Mayang.
Image via Kosmo
Kejadian berlaku di sebuah sekolah asrama apabila beberapa orang pelajar sedang membasuh baju
Seorang lelaki yang bernama Apit membasuh baju dekat sebelah kolah besar. Masa dia membasuh baju, seorang lagi rakannya yang dikenali Am juga turut serta.
Am berdiam diri sambil termenung, kemudian tindakannya itu ditegur oleh Apit. Tiba-tiba, Am menyanyi lagu Ulek Mayang dengan merdunya.
Tanpa berfikir panjang, Apit juga menyanyi bersama sambil membasuh baju. Namun, kelibat Am hilang secara tiba-tiba.
Selepas itu, kedengaran suara perempuan di bahagian tandas. Apit pergi ke tandas dan nampak perempuan pakai baju macam puteri zaman dulu sedang menari menghadap dinding.
"Bila puteri tu pusing, Apit cakap muka dia half burned. Tak cukup tanah dia lari keluar tandas terus masuk dorm. Apit 2 hari tak cakap dengan orang, selalu senyum sorang-sorang and nyanyi lagi tu dengan suara pelan" tulisnya.
Image via Travel Guide & Makan² Guide: Ulek Mayang
Korang jangan pula nak nyanyi lagu tu suka-suka lepas ni!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment