seismik

Tular Video Satu Keluarga Bercuti Di Tasik Chini Tetapi Esoknya Jadi Lain - "Betul Ke Ni?"

Macam tempat lama yang tak berpenghuni.

Cover image via @bengmus (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tasik Chini merupakan tempat menarik yang sering dikunjungi oleh orang ramai

Kebiasaannya ramai yang akan menempah penginapan di sekitar lokasi itu. Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan sebuah keluarga mengalami situasi aneh.

Difahamkan, keluarga tersebut pergi bercuti di Tasik Chini, tetapi pada keesokan paginya mereka melihat keadaan resort menjadi buruk dan usang.

Pelik dengan keadaan tempat tinggal yang tak ada orang

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang bercuti di Tasik Chini. 

Namun, apabila bangun esok paginya, mereka pelik keadaan resort menjadi buruk seperti terbengkalai. 

"Bangun-bangun dah jadi macam ni, serious takut, macam tempat tak berpenghuni. Kami puas cari jalan keluar, masih tak jumpa. Last-last kami minta tolong orang situ untuk keluar dari Tasik Chini ni." tulisnya. 


Pemilik video tampil menceritakan perkara yang sebenar

Menerusi video terbaru yang dimuat naik, dia meminta maaf kepada semua kerana video yang tular itu tidak benar.

Tambahnya lagi, niatnya hanya untuk menyeru pihak berwajib membaik pulih tempat itu yang pernah popular suatu ketika dahulu. 

Untuk rekod, Tasik Chini merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik dan patut dipelihara supaya dapat dinikmati oleh orang ramai. 

@bengmus

Replying to @Nurfalizah saya mohon maaf ya “Rakyat Malaysia” Melestarikan pusat pelancongan untuk merancakkan lagi ekonomi negara! Salam Madani #fyp #tasikchini #pahang @Matro

Inspirational - neozilla

Lihat video penuh itu di bawah:

Korang pernah pergi Tasik Chini?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: