Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Mempunyai Pelbagai Khasiat Untuk Badan, Ini 7 Jenama Top Susu Ibu Hamil Pilihan Ramai

Setiap susu mempunyai kebaikan dan khasiat berbeza.

Cover image via klikdokter webtech360

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, setiap wanita hamil memerlukan banyak nutrisi dalam badan demi menjaga kandungan yang sihat

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dr Zubaidi

Oleh itu, pengambilan susu untuk ibu mengandung adalah penting selain daripada menjaga pemakanan yang sihat.

Kali ini, kami akan kongsikan beberapa jenama susu popular untuk wanita hamil yang menjadi pilihan para ibu di luar sana.

Berikut di bawah adalah antara 7 jenama susu untuk ibu hamil yang terbaik:

1. Enfamama A+

Image via Ibu Syurga

Susu ini dapat melindungi fetus anda daripada jangkitan virus. Ia kaya dengan nutrisi sokongan seperti asid folik, vitamin B6, DHA dan Choline yang membantu tumbesaran janin. Bagi anda yang pertama kali hamil, susu ini sangat digalakkan untuk anda cuba.

Harga: RM65.00
Berat: 900 gram

2. Anmum Materna

Image via Tesco

Susu ini pula bagus untuk anda yang mengalami mual atau morning sickness pada peringkat awal kehamilan. Ia juga memiliki banyak khasiat untuk tulang anda dan janin. Malah, ia dapat mengembangkan sel otak janin.

Harga: RM25.00
Berat: 350 gram

3. Abbott Similac Mom

Image via Ibu Syurga

Ini merupakan susu rendah lemak yang baik untuk anda yang menghidap kencing manis semasa hamil. Ia bagus untuk pembentukan dan perkembangan otak janin. Selain itu, ia juga dapat mengawal selera makan anda yang berlebihan.

Harga: RM37.00
Berat: 900 gram

4. Frisomum Gold

Image via 28mall.com

Bagi yang mengalami anemia, anda boleh cuba untuk minum susu ini. Ia kaya dengan protein dan dapat mengelakkan masalah sembelit. Bukan itu saja, ia juga kaya zat besi untuk mengatasi masalah haemoglobin deficiency.

Harga: RM48.00
Berat 900 gram

5. Nestle Mom & Me

Image via Shopee

Susu Nestle ini bagus untuk trimester pertama kerana ia dapat membantu anda mendapat khasiat pemakanan yang sihat dan seimbang. Selain daripada melindungi usus anda, ia juga mengandungi protein yang menyokong keperluan bayi.

Harga: RM7.00
Berat: 350 gram

6. Dumex Mamil Mama

Image via The Asian Parent

Susu Dumex ini pula bagus untuk meningkatkan selera makan anda yang kurang. Ia kaya dengan nutrisi seperti DHA, Omega 3 dan 6, asid folik serta rendah lemak. Ia juga dapat menjaga sistem pencernaan anda.

Harga: RM167.00
Berat: 850 gram

7. Momma Pregolact

Image via Fabulous Mom

Jenama ini terbaik untuk milk booster dan membantu mengurangkan morning sickness anda. Ia membekalkan nutrisi lengkap bagi janin serta dapat meningkatkan tenaga anda. 

Harga: RM90.00
Berat: 420 gram

Semoga perkongsian ini dapat membantu mommies untuk memilih susu yang sesuai dengan keadaan badan masing-masing semasa hamil :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment