Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Menarik" - Lelaki Ini Kongsi Permainan Catur Melayu Yang Pernah Wujud & Kian Dilupakan

Eh, Melayu pun ada catur sendiri?

Cover image via @tontonbuku (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Permainan tradisional merupakan satu imej bangsa yang harus dipertahankan dari generasi ke generasi yang baru

Kepelbagaian permainan tradisional bangsa Melayu yang amat dikenali sehingga kini antaranya seperti congkak, layang-layang, gasing dan lain-lain. Malah, tarikan permainan klasik seperti ini turut mendapat perhatian yang tinggi daripada para pelancong yang datang ke negara kita untuk melihat sendiri keunikan warisan tradisonal tersebut.

Terkini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki memperkenalkan sebuah permainan tradisional Melayu yang telah dilupakan oleh golongan generasi kini iaitu Catur Melayu.

Ramai tak pernah tahu ada rupa-rupanya wujud permainan tradisional catur Melayu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tontonbuku di TikToknya, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Dr. Hasanuddin menjelaskan berkaitan satu permainan warisan yang semakin dilupakan iaitu Catur Melayu.

Keunikan permainan ini tidak jauh bezanya dengan catur moden. Namun, kelainan yang wujud pada catur ini menggunakan nama dan kedudukan yang tidak asing lagi dengan kehidupan Melayu kita pada zaman Kerajaan Langkasuka Purba.

Dr. Hasanuddin juga turut menerangkan dua jenis tapak catur yang sering digunakan seperti Tapak Perang dan Tapak Rimau. Penggunaan tapak-tapak catur ini juga berbeza mengikut pecahan bangsa Melayu di Indonesia seperti Aceh, Jawa, Riau dan Minang

Berikut di bawah ialah video-video yang telah dimuat naik oleh @tontonbuku di TikToknya berkenaan cara-cara bermain catur tersebut:

"Auto buy ni kalau sudah bosan main chess dan dam haji" -Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terpegun dan ingin mengetahui tentang bagaimana cara untuk bermain permainan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video TikTok tersebut telah meraih 75K views, 5.3K likes dan 53 comments.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet di TikTok:

Image via @tontonbuku (TikTok)

Image via @tontonbuku (TikTok)

Image via @tontonbuku (TikTok)

Kalau bosan asyik menang main chess, apa kata main catur Melayu pula? :D

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment