Wanita Ini Terharu Penyanyi Terkenal BugAboo, Yoona Memperagakan Topi Buatan Tangannya
Seronoknya!
Pada masa kini, gelombang tarikan anak muda terhadap K-pop semakin meluas
Sebut saja tentang K-pop, pasti hampir kesemua remaja dan anak muda sudah mengenali serta meminati kumpulan-kumpulan dari Korea Selatan tersebut. Bukan saja tarikan dari segi muzik dan tarian, malah rupa paras mereka yang cantik serta kacak juga mendorong para peminat menjadikan mereka sebagai idola.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang wanita yang membuat sebuah topi buatan tangan dan menghadiahkan topi tersebut kepada seorang penyanyi wanita terkenal K-pop dari kumpulan BugAboo, Yoona.
Yoona sporting habis dan menyukai topi buatan tangan wanita itu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @squishyadwi di TikToknya, ia memaparkan penyanyi terkenal Yoona dari kumpulan BugAboo sangat gembira dengan pemberian topi tersebut. Lebih menarik lagi, Yoona juga turut memuat naik gambar dirinya sambil memakai topi tersebut di Twitter @bugAboo_offcl iaitu akaun rasmi Twitter BugAboo.
Wanita tersebut berasa sangat terharu dan teruja. Topi hasil anyaman tangannya sendiri diminati dan dihargai oleh penyanyi kesayangannya itu.
Tambahan pula, rata-rata netizen turut berbangga dan dan menganggap tindakan penyanyi K-pop tersebut sangat comel.
Berikut di bawah ialah gambar yang telah dimuat naik oleh akaun rasmi BugAboo di laman sosial Twitternya:
"I love how her other members look genuinely happy too." - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut berbangga dan menganggap tindakan wanita tersebut layak dihargai.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 576.2K views, 83.5K likes dan 288 comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!