Bangga 'Claim' Jadi Remaja Terkaya Di Malaysia, Video Founder Ini Jadi Bahan Warganet
"Wow yakinnya kamu" - Warganet.
Seperti mana yang kita tahu, sudah ramai founder dan usahawan muda di Malaysia kini yang sudah mencipta nama dalam industri perniagaan sehingga menjadi jutawan
Namun baru-baru ini, tular mengenai seorang usahawan muda dari Kelantan yang mendakwa dirinya menjadi remaja paling kaya di Malaysia telah menjadi bualan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tayang produk 'juta-juta' dalam lori, claim jadi remaja paling kaya di Malaysia
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ayunieso24, kelihatan gadis berusia 19 tahun itu menunjukkan produk minuman kesihatan miliknya iaitu Vitamilk yang baru saja tiba dalam sebuah lori.
Apa yang menjadi perhatian adalah apabila dia bangga menulis di kapsyen videonya bahawa dia merupakan remaja paling kaya di Malaysia dan tidak sambung belajar seperti orang lain.
Perkara tersebut ternyata membuatkan ramai triggered di ruangan komen, sekali gus founder itu menerima kecaman daripada warganet.
"Merendah diri lebih baik. Takpalah dik, nak kejar ilmu dulu baru duit" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 805.7K tontonan, 37.1K tanda suka serta 595 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet kurang berkenan dengan sikap menunjuk-nunjuk gadis itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!