“Lain Macam” – Pemuda Terkejut Dengar Announcement Dalam Flight Ini Undang Tawa Warganet
Melaka Airlines pun boleh!
Cover image via @azrieidzmeer (TikTok)Setiap kali kita masuk ke dalam flight, pramugari bertugas pasti akan membuat pengumuman penting sebelum kapal terbang berlepas
Pengumuman tersebut adakalanya bagi menunjukkan cara-cara memakai tali pinggang keselamatan, life jacket sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan sebagainya.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang pemuda terkejut apabila mendengar pengumuman dalam pesawat yang dinaikinya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru duduk dah kena maki dengan pramugari, rupa-rupanya saja pakai sound viral di TikTok
Menerusi video yang dimuat naik oleh @azrieidzmeer, kelihatan pemuda itu sedang duduk di dalam flight sambil mendengar pengumuman daripada pramugari bertugas.
Apa yang membuatnya terkejut adalah apabila pramugari tersebut tiba-tiba bercakap "selamat datang barua-barua sekali dalam penerbangan kami, saya di sini sangat berbesar hati untuk memberi nasihat kepada barua-barua sekalian. Kalau orang tu dah bagi effort kat kau boleh tak kau appreciate orang tu".
Rupa-rupanya, pemuda itu saja meletakkan sound yang viral di TikTok dalam videonya dan dia berlakon kononnya terkejut mendengar announcement tersebut.
Image via @azrieidzmeer (TikTok)
Image via @azrieidzmeer (TikTok)
"Mungkin pramugari tu kena cover kerja member kot. Hahaha dia punya ayat memang power" – Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 201.5K views, 15.1K likes dan 618 shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat lakonan pemuda itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @azrieidzmeer (TikTok)
Image via @azrieidzmeer (TikTok)
Image via @azrieidzmeer (TikTok)
Image via @azrieidzmeer (TikTok)
Image via @azrieidzmeer (TikTok)
Image via @azrieidzmeer (TikTok)
Image via @azrieidzmeer (TikTok)
Image via @azrieidzmeer (TikTok)
Image via @azrieidzmeer (TikTok)
Image via @azrieidzmeer (TikTok)
Mula-mula dengar tadi hampir tertipu, ingat pramugari tu memang tengah maki penumpang. Cis! 😀
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

