seismik

Inilah Jadi Kalau Ayah Jaga Anak, Lelaki Ajar Baby Cara Garu Kepala Ini Cuit Hati Netizen

Anak dia pun macam faham je ya.

Cover image via @momoylui (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, menjaga anak di rumah adalah tugas para ibu terutamanya mereka yang tidak bekerja

Tetapi, masih ramai sebenarnya para suami yang suka menolong menjaga anak-anak di rumah untuk meringankan penat isteri yang sudah memasak, mencuci kain dan sebagainya.

Namun, lain pula yang dilakukan oleh seorang lelaki di dalam video ini apabila dia mengajar anaknya menggaru kepala telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ajar cara garu kepala, anak pun faham siap ikut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @momoylui, kelihatan lelaki itu sedang menjaga anaknya yang masih bayi di dalam bilik.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia dilihat mengajar anaknya itu cara untuk menggaru kepala dengan betul.

Lebih mencuit hati, si bayi yang baru berapa bulan itu seolah-olah faham dengan apa yang diajar dan meniru aksi ayahnya menggaru kepala.

"Love betul tengok bapak-bapak yang suka borak dengan baby ni. Anak yang banyak communicate dengan bapak ni cenderung untuk jadi lebih bijak tau" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 267.6K views, 21.8K likes dan 833 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Geram pula tengok baby tu, pandai betul ikut apa ayah dia ajar. Dah besar mesti cerdik ni! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik