Buat Kelas Tuisyen Tapi Semua Murid Tak Datang, Ramai Simpati Dengan Nasib Cikgu Ini
Sampainya hati buat cikgu macam tu.
Menjadi seorang guru bukanlah satu pekerjaan yang mudah, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang
Anak murid sekarang mana boleh disentuh atau dimarahi, sikit-sikit mengadu dekat ibu bapa dan akhirnya guru yang dipersalahkan. Senang cerita, budak zaman sekarang memang manja jika nak dibandingkan dengan zaman dulu.
Tetapi, itu bukanlah tiket untuk mereka tidak menghormati cikgu. Setiap murid perlu ada rasa hormat pada cikgu supaya menjadi orang yang berjaya kelak.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang cikgu wanita meluahkan rasa kecewanya apabila murid-muridnya tidak datang ke kelas tuisyen telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Seorang pun tak datang tuisyen, dah tanya dalam group WhatsApp tapi semua tak balas
Menerusi video yang dikongsi oleh @duri_anggrek, kelihatan cikgu itu sedang berada di dalam kelas sambil menunggu kedatangan murid-muridnya.
Apa yang membuatkan dia kecewa adalah setelah lama menunggu, tiada seorang pun muridnya datang ke kelas tersebut.
Malah, apabila dia bertanya dalam group WhatsApp kelasnya sama ada mereka nak datang atau tidak, semua tidak membalas soalannya itu.
Lihat video sambungan di bawah:
"Biarlah kita tak pandai janji hormat guru. Aku walaupun tak suka subjek tu aku tetap pergi tau" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.6M tontonan, 167.5K tanda suka serta 615 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan cikgu itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!