seismik

[VIDEO] "Tak Kayu" - Remaja Menari Lagu Blackpink Ini Bikin Suasana Di UiTM Meriah

Lembut betul badan dia menari.

Cover image via @jrshrn (TikTok) & @melonzzneonz (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tarikan anak muda terhadap budaya dan hiburan berkaitan negara Korea Selatan kini semakin meluas

Sebut sahaja tentang 'K-pop', pasti rata-rata di antara kita sudah lama mengenali dan biasa mendengarnya. Kemajuan industri seni di Korea Selatan sangat dikenali di seluruh dunia termasuklah di benua Eropah dan Asia.

Di Malaysia, industri hiburan yang wujud di negara Asia Timur tersebut mudah mempengaruhi minat dan tarikan golongan muda. Lebih menarik lagi, tarikan mereka bukan sahaja pada rupa paras yang cantik dan kacak. Malah, pembawakan dari segi tarian, lakonan dan pengurusan mereka seharusnya layak untuk dibanggakan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang remaja lelaki menari lagu Blackpink di hadapan khalayak ramai telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh di bawah:

@jrshrn Membalas kepada @moon77 bunyi asal - Jurisah Rani

Semangat menari, macam dah hafal rentak dan lagu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jrshrn di TikToknya, ia memaparkan seorang remaja yang 'galak' menari lagu Pink Venom oleh Blackpink di hadapan khalayak ramai.

Tariannya itu turut mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan audience. Pergerakan tarian remaja lelaki itu sudah membuktikan bahawa dia ialah ahli 'Blink' yang sebenar.

Tonton video dari sudut pandang lain di bawah:

"Satu bukit bintang akan kenal kau dik." - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dan enjoy dengan persembahan secara sukarela oleh remaja tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 293.7K views, 21K likes dan 98 comments.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Habislah lepas ini geng-geng 'Blink' masuk fyp :)

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: