Layanan ‘Double Standard’ Rakyat Malaysia Terhadap Mat Nepal Ini Jadi Bualan Ramai
Lain pula kalau Mat Salleh yang datang.
Tidak dinafikan, Malaysia merupakan negara yang mempunyai banyak budaya
Oleh sebab itu, ramai pelancong yang suka datang ke Malaysia untuk bercuti. Tidak kira pelancong dari mana pun, mereka sudah pasti akan teruja dengan negara kita. Kita sebagai rakyat Malaysia juga bangga jika pelancong gemar dengan negara kita.
Namun, baru-baru ini tular video di Twitter yang memaparkan rakyat Malaysia berikan layanan double standard kepada pelancong Barat dan Nepal telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pelancong Barat diberi layanan yang baik, lain pula kalau pelancong Nepal yang datang ke Malaysia
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua video telah digabungkan kemudian telah dimuat naik ke laman Twitter.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gabungan video itu menunjukkan reaksi dan layanan yang mempunyai perbezaan ketara oleh rakyat Malaysia terhadap pelancong yang datang.
Apabila pelancong Barat yang datang, netizen memberikan komen yang baik-baik dan sangat welcoming. Lain pula kalau pelancong Nepal datang, mereka bertindak untuk memberikan komen yang tidak baik.
"Haritu mat salleh datang Malaysia sampai naik 100K followers dalam sehari, bangla dan nepal yang selalu promote KL kat TikTok kena sindir pula" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 326K tontonan, 4K retweets, 777 quote tweets dan 6K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!