Zoo Negara Tawar Tiket Percuma Untuk Kanak-Kanak 21 & 22 November Ini
Kanak-kanak boleh nikmati hari bersama haiwan, permainan, aktiviti dan hadiah tanpa perlu membayar tiket.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Zoo Negara menawarkan kemasukan percuma kepada kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun pada 21 dan 22 November 2026
Sambutan selama dua hari ini akan menampilkan pelbagai aktiviti, permainan dan hadiah menarik yang disediakan khusus untuk kanak-kanak di Malaysia.
Menurut Zoo Negara, acara ini bertujuan untuk menjadikan sambutan tersebut lebih bermakna bagi pengunjung cilik, sekali gus membolehkan keluarga menikmati hari yang penuh keseronokan di zoo.
Berikut adalah cara boleh menebus tiket percuma untuk kanak-kanak
Sebelum berkunjung ke Zoo Negara, terdapat beberapa terma dan syarat yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa:
- Promosi kemasukan percuma ini sah pada 21 dan 22 November 2026 sahaja.
- Ia terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 3 hingga 12 tahun yang hadir secara walk-in (tanpa tempahan awal) bersama ibu bapa atau penjaga.
- Perlu mengemukakan MyKid atau sijil lahir sebenar untuk menebus tiket percuma. Gambar atau salinan dokumen-dokumen ini tidak akan diterima.
- Ibu bapa atau penjaga boleh membeli tiket masing-masing sama ada secara dalam talian atau di kaunter.
- Tiket percuma tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar dengan wang tunai, dan tidak boleh digunakan pada tarikh lain.
- Promosi ini tidak terpakai untuk lawatan berkumpulan, termasuk lawatan sekolah.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via