[VIDEO] Air Mula Bertakung, Lelaki Tekad Gali Rumput Elak Banjir Ini Raih Pujian Ramai
Besar pahala dia, terima kasih bang!
Berikutan cuaca hujan yang turun berturut-turut, sesetengah kawasan dilihat telah mengalami banjir
Sehinggakan terdapat jalan raya yang mengalami takungan air yang banyak. Perkara itu membahayakan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki dilihat mencangkul tanah dan rumput untuk air yang bertakung dapat mengalir telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gali tanah untuk beri laluan air mengalir ke kawasan parit
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang memakai baju hujan sambil memegang cangkul di tepi jalan raya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat menggali tanah dan rumput supaya air yang bertangkung di tengah jalan itu dapat mengalir ke kawasan parit. Difahamkan, air bertakung seperti itu sangat membahayakan para pengguna jalan raya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Terima kasih bang, semoga rezeki abang mencurah macam air yang abang cangkul tu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 142K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terharu dengan tindakan lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!