F&N Bakal Naikkan Harga Semua Produk Sekiranya Kos Pengeluaran Terus Meningkat Naik
F&N akan terus mengutamakan langkah kecekapan kos sebelum mempertimbangkan kenaikan harga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) berkemungkinan akan melakukan pelarasan harga produk sekiranya kos semakin meningkat
Produk F&N telah mencatatkan kenaikan harga purata antara tiga hingga empat peratus bagi jenama terpilih sepanjang tempoh 12 hingga 15 bulan lalu.
Dilaporkan oleh Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Tarang Guptag Gupta, mengatakan angka ini merupakan purata indikatif bagi portfolio jenama terpilih di Malaysia dan Thailand. Pelarasan ini akan dilaksanakan mengikut produk serta pasaran.
Kumpulan perlu mengambil kira peningkatan kos input, termasuk gula, timah dan tenaga, yang dijangka terus memberi tekanan kepada perbelanjaan operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Tarang Gupta.
Image via Berita Harian"Namun, sebarang keputusan untuk menyemak harga perlu diseimbangkan dengan kemampuan pengguna serta kesannya terhadap jumlah jualan, selain mengambil kira langkah meningkatkan kecekapan operasi dan menguruskan kos.
"Secara indikatif, kami mencatatkan kenaikan harga purata sekitar tiga hingga empat peratus sepanjang tempoh 12 hingga 15 bulan lalu bagi portfolio jenama terpilih di Malaysia dan Thailand.
"Perkara penting adalah kami juga perlu memastikan jumlah jualan dan pengguna terus dilindungi. Ia memerlukan keseimbangan antara sejauh mana kami boleh melaksanakan strategi 'reserve to refuel', meningkatkan kecekapan dan menguruskan kos," katanya.
F&N akan terus mengutamakan langkah kecekapan kos sebelum mempertimbangkan kenaikan harga
Menurut Gupta, tekanan ini dijangka berterusan susulan kenaikan harga beberapa bahan mentah sejak kira-kira satu setengah suku lalu.
F&N akan terus mengutamakan langkah kecekapan kos sebelum mempertimbangkan kenaikan harga tambahan, termasuk pengurusan hasil, strategi penetapan harga dan mengikut permintaan produk atau penyesuaian saiz dan harga pek.

"Pendekatan ini penting bagi memastikan kumpulan dapat mengekalkan daya saing produk tanpa menjejaskan margin keuntungan dan permintaan pengguna," katanya.
Beliau menambah, tahap sensitiviti kepada kenaikan atau perubahan harga produk mengikut jenis.
F&N akan terus memantau perkembangan pasaran komoditi dan mata wang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via