Cuti Deepavali: Ini Waktu Yang Disaran Untuk Guna & Lalu Lebuh Raya KL-Karak & LPT
Saranan waktu perjalanan itu dikeluarkan bagi pengguna lebuh raya pada 7 dan 9 November sempena sambutan Deepavali.
Cover image via Bernama (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka mengikut waktu-waktu yang disyorkan ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa cuti Deepavali
AFA Prime Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), telah mengeluarkan saranan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya pada 7 dan 9 November sempena sambutan Deepavali.
Menurut Media Selangor, AFA Prime menasihatkan pengguna yang dalam perjalanan keluar dari Kuala Lumpur melalui Plaza Tol Gombak pada hari Sabtu, 7 November, supaya merujuk kepada waktu-waktu yang disyorkan seperti berikut:
– Kelantan: 6 pagi hingga 9 pagi atau 5 petang hingga 8 malam
– Terengganu: 9 pagi hingga 12 tengah hari atau 8 malam hingga 11 malam
– Pahang: 12 tengah hari hingga 4 petang atau 8 malam hingga 11 malam

Bagi perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada Isnin, 9 November, waktu perjalanan yang disarankan adalah:
– Dari Pahang: 7 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam
– Dari Terengganu: 10 pagi hingga 1 petang atau 8 malam hingga 10 malam
– Dari Kelantan: 4 petang hingga 8 malam atau 9 malam hingga tengah malam
Bagi mengoptimumkan kelancaran perjalanan, AFA Prime turut menggalakkan pengguna jalan raya untuk bergerak antara tengah malam hingga 6 pagi pada kedua-dua tarikh tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
Pengguna jalan raya juga perlu mengambil maklum bahawa bas ekspres yang menuju ke Pantai Timur lazimnya bertolak antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari, serta antara jam 9.30 malam hingga tengah malam. Keadaan ini mungkin menyumbang kepada trafik yang lebih padat di Plaza Tol Gombak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


