"Menarik" - Lelaki Dakwa Cara Rawat Demam Hanya Guna Sebiji Telur Ini Curi Tumpuan
Petua orang-orang dulu ni, kena cuba.
Kaedah rawatan pelbagai jenis penyakit dengan menggunakan bahan semula jadi sudah diamalkan sejak turun-temurun
Sejak dahulu lagi, pelbagai penyakit dan rawatan telah diperkenalkan oleh nenek moyang kita dengan menggunakan bahan semula jadi dan teknik tradisional. Lebih menarik lagi, sebahagian besar daripada rawatan dan teknik klasik tersebut mula diresapi dan diguna pakai dalam kaedah rawatan moden kini.
Malah, jika kita pandang daripada sudut yang meluas. Keberhasilan rawatan tradisional tidak kesemuanya mampu memberi apa-apa impak yang baik dalam kajian kesihatan moden. Sebagai contoh, pengambilan makanan menggunakan haiwan eksotik dan beracun dalam rawatan tradisional sangat tidak memberi kesan positif dalam merawat penyakit. Jadi, perlunya kita untuk mengambil tahu dan mencari rujukan daripada pakar berkaitan kesihatan serta kaedah rawatan.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkaitan tentang seorang lelaki yang berkongsi tips dan cara merawat penyakit demam panas anak kecilnya dengan hanya menggunakan sebiji telur yang telah direbus curi tumpuan.
Cara rawatan ini sudah diperkenalkan oleh tabib cina sejak turun-temurun.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fazx1992 di TikToknya, petua tersebut mampu menghilangkan kebah dan panas badan buat anak kecil.
Dia juga turut berkongsi tatacara bagi mengamalkan petua tersebut di bahagian desription posting tersebut.
"Telur rebus. Rebus telur biar masak penuh, kupas, balut kain dan gelek kat badan tubuh anak. Terutama sekali di bahagian dada, kepala, perut, kaki dan semua seluruh badan la senang cerita. Gelek telur suam tu sampai sejuk." jelasnya.
"Mula-mula tu panas kan, balut la kain dulu. Bila dah suam-suam tu boleh buang kain gelek macam tu je. Sambil gelek tu selawat nabi, baca surah-surah pendek 3 qul, Al-fatihah atau mana2-mana surah yang biasa amal. Lepas siap, jangan makan pulak telur tu." sambungnya.
Dia juga turut berkongsi bentuk telur kuning di bahagian dalam telur yang sudah berubah bentuk dan muncul bintik-bintik hitam pada permukaannya.
"Tak sempat nak golek telur tu habis dulu." - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dan ada segelintir yang pernah mengamalkan petua turun-temurun tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 193.7K views, 4.7K likes dan 277 shares.
Berikut di bawah merupakan antara komen berkenaan topik video tersebut di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!