Nak Makan BBQ Sedap & Fresh? Ini 5 Restoran Steamboat Halal Yang Berbaloi Untuk Anda Cuba
Melantak sampai kenyang!
Kalau sebut pasal barbeku (BBQ), pasti anda sudah terbayang makan panas-panas dan berasap serta bau daging yang menyelerakan betul tak?
Apatah lagi jika kita menikmati BBQ steamboat bersama keluarga atau kawan-kawan, lagi seronok nak makan tanpa henti. Say yes to buffet!
Tapi, kadangkala perut dah lapar cuma tak tahu pula nak makan dekat mana. Atau pun, dalam kepala dah ada idea nak makan apa, tiba-tiba berebut pula dengan kawan-kawan. Iyalah, selera orang kan lain-lain.
Tak payah serabutkan fikiran, kami ada lima restoran steamboat halal untuk anda cuba. Yang penting, berbaloi-baloi sebab semua restoran ini boleh makan secara buffet tau. Jom check it out!
1. Suki-Ya
In the mood untuk cuba masakan Jepun? Nikmati all-you-can-eat shabu-shabu di Suki-Ya, salah satu restoran Jepun tertua di Malaysia dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Anda boleh memilih empat jenis kuah dan sup mereka untuk dimakan panas-panas bersama hidangan tanpa had daging lembu, kambing dan ayam yang dihiris nipis. Yummy!
2. Pak John Steamboat & BBQ
Pak John Steamboat & BBQ menyajikan masakan urban yang halal dan berkualiti tinggi, di mana mereka mendapatkan semua bahan masakan dari kilang pembuatan makanan mereka sendiri dan dibawa terus ke dapur. Daripada makanan laut seperti kerang dan bebola sotong, kepada daging yang diperap dan sayur-sayuran segar, perut anda pasti akan penuh dengan pilihan lebih 150 makanan yang enak!
3. Rot Thai Steamboat & Grill
Rot Thai Steamboat & Grill menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan steamboat dan grill yang menarik. Selain itu, mereka menyediakan pelbagai pilihan makanan bergoreng, air serta pencuci mulut. Harga yang ditawarkan di sini sangatlah berpatutan, hanya perlu bayar RM30 seorang dan anda boleh makan sampai pengsan!
4. Hot Pot King Steamboat & Grill
Catch up dengan keluarga atau kawan-kawan anda untuk menikmati hidangan steamboat tanpa henti di Hot Pot King Steamboat & Grill, sebuah restoran milik Muslim dengan dua cawangan, iaitu di Jalan Kuching dan Gombak. Masak semua makanan anda dalam kuah perisa tom yam, sup ayam atau asam pedas. Nak lagi sedap, anda juga boleh memilih untuk menggoreng atau memanggangnya. Ulala!
5. BBQ Town
Nikmati kedua-dua barbeku dan shabu-shabu pada masa yang sama di BBQ Town, restoran halal BBQ Thai-Jepun 2-dalam-1 yang berpatutan. Jangan lupa untuk cuba daging lembu dan kambing sejuk dari Australia tanpa had, berkualiti tinggi yang dihiris nipis. Satu lagi highlight BBQ Town adalah pilihan sayurannya yang segar untuk melengkapkan hidangan sihat anda. Selain itu, sos mereka adalah buatan sendiri dengan resipi dari Jepun dan Thai. Kalau anda datang ke sini, get ready untuk tambah berat badan bila balik nanti sebab semuanya sedap!
Fuhh, semua restoran menarik kan? Kalau tak tahu nak buat pilihan juga, dah boleh buat vote dengan kawan-kawan :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!