"Merepek" - Penjual Sekolahkan Gen Z Nak Minta Diskaun Harga Kereta Sampai Tak Masuk Akal
Mana dia tak marah minta harga macam tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan semua orang pasti mempunyai kereta idaman masing-masing
Apatah lagi jika ia sudah lama diimpikan dan berusaha mengumpul duit demi untuk mendapatkanya.
Namun, beli kereta ini bukanlah mudah seperti yang disangka kerana anda juga perlu memikirkan banyak perkara lain seperti servis, insurans, kerosakan sekiranya berlaku dan sebagainya.
Baru-baru ini tular selepas seorang penjual kereta terkejut dengan seorang pelanggan yang meminta diskaun sebuah kereta telah mencuri perhatian.
Minta diskaun dari RM163,000 kepada RM100,000
Menerusi perkongsian di laman Facebook, lelaki itu berkongsi perbualan mesej bersama dengan seorang pelanggan.
Di dalam perbualan tersebut, pelanggan berkenaan meminta sama ada bolehkah dia mendapatkan diskaun untuk sebuah kereta yang berharga RM163,000 kepada RM100,000.
Terkejut mendengar harga diskaun yang 'tidak masuk akal', penjual berkenaan terus menolak permintaannya itu.
"Tak dapat dik, dari RM163K terus junam jadi RM100K. Maaf," katanya.
Difahamkan, pelanggan terbabit memberitahu gaji bersihnya adalah sebanyak RM1,700 dan mahu membeli kereta Honda Civic FL1.
Malah, dia siap memberitahu bahawa penjual tersebut telah 'menolak rezeki' dan akan memberitahu rakan-rakannya untuk tidak membeli bersamanya.
Lihat perbualan di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!