seismik

Kelantan Dilaporkan Negeri Kedua Paling Selamat & Kurang Jenayah Di Malaysia Oleh Kajian

Sabah mencatatkan indeks jenayah paling rendah dengan skor 95.

Cover image via MPKB & Traveloka

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud meluahkan rasa syukurnya selepas negeri itu dilaporkan sebagai kedua paling selamat di Malaysia

Dalam hantaran di Facebook miliknya, beliau berkongsi laporan terkini mengenai kadar jenayah di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Malay Mail yang dikongsi oleh The Vocket.

"Alhamdulillah. Kelantan tangga kedua negeri paling selamat di Malaysia.

"Kita bersama membina Kelantan Maju Rakyat Sejahtera. Insya-Allah," tulisnya.

Merujuk laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Malay Mail, Sabah berada mencatatkan indeks jenayah terendah iaitu 95, diikuti Kelantan (96) dan Terengganu (100).

Manakala, nisbah indeks jenayah bagi lima negeri melepasi purata kebangsaan 149, dengan Kuala Lumpur mencatatkan 221, Selangor (196), Kedah (193), Pulau Pinang (193) dan Negeri Sembilan (159).

Dilaporkan, indeks jenayah, yang terdiri daripada jenayah serangan dan harta benda, meningkat 3.2 peratus tahun lepas kepada 52,444 kes berbanding 50,813 kes tahun sebelumnya, dengan nisbah jenayah bagi setiap 100,000 orang meningkat kepada 149 berbanding 146 pada tahun 2022.

Untuk rekod, pada pertengahan tahun ini Malaysia berada pada kedudukan ke-10 sebagai negara paling selamat di dunia secara keseluruhan dalam Kedudukan Indeks Keamanan Global (GPI) 2024.

Laporan yang diterbitkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan yang berpangkalan di Sydney, Australia ini turut mengangkat Malaysia sebagai negara ketiga paling selamat di Asia Pasifik, di belakang New Zealand dan Singapura.

Pencapaian ini dipengaruhi oleh beberapa faktor global yang menyaksikan kemerosotan tahap keamanan di 97 negara akibat konflik di Gaza dan Ukraine.

Konflik ini juga menyumbang kepada peningkatan pelarian, yang seterusnya memberi impak besar kepada ekonomi global dan meningkatkan tahap keganasan kepada 19.1 trilion pada tahun 2023.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: