Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Patutlah Tak Kurus" - Wanita Ini Kongsi 18 Mitos Diet Yang Dipercayai Hingga Kini. Karut!

Penat je buat semua ini, tak kurus-kurus juga. Rupanya mitos...

Cover image via Sha Rini / Facebook

Kalau nak kurus, jangan sesekali menggunakan jalan yang mudah. Anda perlu ada usaha dan pastikan ianya tidak memudaratkan diri dan juga kesihatan anda.

Image via supermarketnews

Segelintir individu di luar sana masih belum berpuas hati dengan berat badan sendiri. Ada yang nampak kurus, namun masih merasakan diri sangat gemuk.

Mentaliti seperti ini akan membuatkan anda melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya. Contohnya, merancang untuk mula berdiet dengan cara yang mudah tetapi memudaratkan.

Oleh itu, seorang pengguna Facebook iaitu Sha Rini baru-baru ini telah berkongsi 18 mitos diet yang masih dipercayai orang ramai sehingga kini namun sebenarnya langsung tidak memberi kesan.

Sha Rini - Sebelum & selepas.

Image via Sha Rini / Facebook

Dia juga turut melakukan diet tanpa mempercayai semua mitos mengarut tersebut dan masih berjaya menurunkan berat badan secara konsisten. Powerlah!

Baca perkongsian penuh di bawah:

Dengan perkongsian ini, harap-harap semua orang akan dapat membezakan mana satu mitos dan mana satu yang benar untuk cara diet yang sepatutnya

1. Air ais tidak bekukan lemak. Air panas tak cairkan lemak. Air limau/lemon tak potong lemak. Kandungan lemak tetap sama walau kau minum air sejuk beku atau air mendidih terbakar tekak.

2. Buah warna kuning tidak “lebih jahat” dari buah warna hijau, merah, purple, kalerful. Kandungan gula dalam buah BUKAN bergantung pada warna buah. Asalkan dimakan ikut portion yang betul dan awak bukan diabetic, buah warna kuning bukan penyebab awak tak kurus.

3. Air detox, air greentea, chia seed tidak buat awak kurus, kalau awak tak jaga makan.

4. Air ais TIDAK MEMBUNCITKAN. Yang buat buncit tu lemak kawasan abdomen terutamanya visceral fat.

5. Walaupun sayuran dan buahan itu makanan yang sihat, makan secara berlebihan jugak boleh memudaratkan. Bersederhana.

6. Nasik BUKAN penyebab gemuk utama.

7. Makanan/minuman TANPA LEMAK TIDAK SEMESTINYA BAIK untuk ada.

8. Usus TIDAK PERLU di detox atau dicuci. Makan dengan sihat dan workout secara regular membantu kesihatan usus anda.

9. Teh detox tidak elok untuk usus. Ia memaksa usus anda bergerak, dan akhirnya nanti usus anda akan jadi malas dan tidak ada nature sendiri.

10. Epal, hijau atau merah boleh saja dimakan masa diet. Darjatnya sama walaupun rasa tak sama. Tidak semestinya yang masam itu lebih baik dari yang manis, kecuali muka yg masam memang tak elok utk semua org. Haha.

11. Rambutan, nangka, ciku, langsat boleh saja dijadikan snacking, tak semestinya epal, jambu, blueberry, stroberi, avocado. Keypoint adalah “portion”.

Bukan setakat itu sahaja, air masak juga perlu diminum secukupnya mengikut keperluan badan masing-masing

12. Untuk lose weight, tak semestinya kena makan salmon, avocado, berries, oat, pasta, dada ayam sahaja. Boleh aje mkn ikan kembung, nasik putih, buah rambutan, mee, bihun asalkan tau had masing2.

13. Kita hanya perlu minum air secukupnya mengikut keperluan badan masing2. Tak perlu buat kolam utk pelihara ikan dlm perut. Anggaran 30ml utk setiap kg berat bdn atau tgk warna urin jernih atau light yellow sudah memadai. Pengambilan air yang berlebihan juga boleh menggangu keseimbangan elektrolit dalam badan.

14. Minuman yang berlabel “Kurang Gula” bukan bermaksud kurang manis. Gula nya masih banyak cuma kurang dari amaun sebelumnya.

15. Makanan berlabel “Tiada Gula Tambahan” atau “No Added Sugar” bermaksud tiada gula putih “ditambah” kepada produk tersebut. Bermaksud, produk tersebut mungkin masih ada amaun gula yg sama seperti yang asal atau dia tak guna gula putih tapi ada gula tiruan seperti maltodextrine, dextrose, maltitol, xylitol, aspartame dsb.

16. Berpeluh dengan banyak semasa workout BUKAN bermaksud awak burn banyak kalori. Berpeluh atau tidak, bukan benchmark utk calories burn. Some people sweat a lot. Some dont. Kelenjar peluh kita tak sama.

17. Workout tutup kipas/aircond supaya byk peluh is so yester-year. MOVE ON.

18. Pakai baju hujan masa jogging supaya banyak peluh is also so yester-year. Please. Its almost 2020 now. MOVE ON!

Sekarang dah boleh bezakan mana satu mitos mana satu betul? ;)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak diet cara lain? Cuba Intermittent Fasting ini. Lebih berkesan :)

Boleh juga cuba menu diet di bawah:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment