‘Intermittent Fasting’ - Diet Kuruskan Badan Ikut Sunnah. Lisa Surihani Pun Guna Cara Ini!
Intermittent fasting (IF) adalah satu cara diet di mana anda perlu berpuasa selama 16 jam dan makan pada 8 jam seterusnya.
Sekiranya diet Atkins, Detoks, Paleo, Vegan mahupun Low-Carb tidak berkesan buat tubuh anda, inilah masanya untuk anda mencuba diet terbaru yang semakin popular iaitu Intermittent Fasting!
Intermittent fasting adalah diet dengan cara mengatur pola makanan. Ibarat seperti berpuasa cuma bezanya ialah ianya hanya dalam tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, diet ini membenarkan pengamalnya untuk minum air sepanjang tempoh berpuasa bagi mengelakkan dehidrasi. Diet cara ini bukan sahaja membantu mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi turut mengatur tempoh untuk makan dan tempoh ber'puasa'.
Dr. Siti Aniza Basir, pakar dalam bidang pemakanan dan nutrisi telah membuat satu perkongsian tentang intermittent fasting dalam laman Facebook peribadinya.
Baca perkongsian penuh di bawah:
IF ialah 'Intermittent Fasting'. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah diet terbaik. Bukan nak sangkal pasal Paleo diet, Atkins, Mediterranean, dan lain-lain, tapi in my personal opinion, kita ada sunnah. Ikut lah sunnah. Rasulullah SAW banyak berpuasa, dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.
Nak buat puasa Nabi Daud AS, macam tak mampu. Sebab iman nipis. Setiap hari ada pasar malam, pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan. Macam 20 tahun tak makan. Padahal baru minggu lepas pergi beli. Kan kan? Siapa sentap memang kita sama lah.
IF ini ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam masa 12-14 jam. So terpulang you all nak mula jam berapa. Kalau start 6.30 petang, esok jam 9.30 pagi baru breakfast. Kalau mula 8.30 malam, 11.30 pagi baru start makan/breakfast.
Apa kebaikan IF?
Banyak!
Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”
Biar betul doktor?
Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 6.30 petang.
‘Berpuasa’ dalam erti kata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD' di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK kilo!
Di dalam Journal Cell Metabolisme, kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari,
Kumpulan Pertama dibenarkan makan sepanjang hari siang dan malam (healthy, controlled diet) manakala Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:
“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (lean muscles) dan Kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”
Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16 jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 9.30/10.30 pagi!
Tatacaranya banyak:
As newbie - Kak Siti advice buat 12 jam dulu. Kita boleh start last dinner pukul 6.30 petang, esok breakfast 6.30 pagi. Bila dah okay, buat 14 jam. 6.30 petang dinner dan 8.30 pagi breakfast. Lepas itu, teruskan perjuangan 16 jam. Dinner pukul 6.30 petang, breakfast merangkap lunch pukul 10.30 pagi. Sebaiknya 14-16 jam berpuasa.
It's flexible. Buat ikut keperluan. Contoh, semalam ada kenduri makan pukul 8.30 malam, esok itu tak perlu breakfast, terus lunch!
Lapar?
In between itu, anda boleh untuk:
1. Minum air masak.
2. Minum air garam. Garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral.
3. Green Tea.
4. Coffee.
5. Tea.
Nombor 3, 4, 5 semua without sugar or susu ye! Kang Kak Siti cakap tak boleh gula, boleh lah pergi mamak mintak teh sarbat! Abab nanti!
Kemudian, IF ini boleh lah buat EOD dulu iaitu Alternate Day. Satu hari IF satu hari FeedDay! Tapi No Refined Sugar and Processed Food!
Lepas dah okay boleh buat daily.
*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas/Craving/Ketagihan/Sifat nak mengunyah yang tak habis-habis itu.
Pelakon jelita, Lisa Surihani turut mengamalkan intermittent fasting untuk kekal cantik dan ramping
Lisa yang tampil lebih ramping ibarat anak dara setelah melahirkan anak keduanya telah memuat naik beberapa tips yang diamalkannya bagi mengurangkan berat badan.
Menurut Lisa, tips yang diamalkannya ini walaupun berkesan buatnya namun mungkin tidak sesuai untuk orang lain. Berikut adalah empat tips kuruskan badan yang diamalkan Lisa Surihani:
*Disclaimer: Untuk makluman, video di bawah dirakam sewaktu Lisa masih belum berhijab.
1. Bertukar kepada beras herba ponni
Kebiasaannya umum menggunakan beras biasa. Namun begitu, bagi Lisa Surihani, dia memilih untuk menggunakan beras herba ponni dalam usahanya untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, beras herba ponni mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi berbanding beras biasa. Walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit, ia mampu membuatkan anda berasa kenyang.
2. Mengurangkan gula dalam makanan dan minuman
Seperti yang semua sudah maklum, gula merupakan salah satu penyebab kenaikan berat badan sekiranya diambil secara berlebihan. Oleh sebab itu, Lisa sebolehnya mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman hariannya.
3. Mengamalkan intermittent fasting
Kaedah diet yang mudah dan tidak menyeksakan. Seperti penjelasan oleh Dr. Siti diatas, apa yang perlu dilakukan adalah membahagikan masa selama 16 jam untuk berpuasa dan 8 jam untuk makan. Diet yang fleksibel ini bergantung kepada keselesaan individu.
Intermittent fasting boleh dilakukan ketika anda sedang tidur. Sebagai contoh, diet ini dimulakan pada pukul 8 malam sehingga 12 tengahari keesokan harinya. 8 jam berikutnya, anda boleh makan dengan kerap bersyarat dengan kuantiti yang sedikit dan terkawal. Pada masa yang sama, perlu kerap minum air kosong dan sebolehnya elakkan minuman atau makanan yang manis.
4. Melakukan senaman
Bersenam dalam konteks Lisa Surihani ini bukanlah bermaksud senaman berat. Cukuplah sekadar senaman ringan yang anda boleh lakukan agar kekal fit seperti berbasikal, ber-jogging, lompat bintang, berlari atas treadmill dan sebagainya.