seismik

Turun Lebih 100kg, Lelaki Ini Kongsi 10 Tips Kawal Nafsu Makan. Hebat!

Dahulu Jazli mempunyai berat sebanyak 183kg dan obesiti, kini Jazli telah mencapai berat ideal iaitu 78kg.

Cover image via fbcdn.net

Berat badan berlebihan dan obesiti merupakan masalah kesihatan awam yang penting dan dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang serius

Image via Graphic Maps

Obesiti atau gemuk berlebihan ini bukanlah keadaan yang kita dapat elakkan. Ianya berlaku kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit malahan kanak-kanak juga mengalaminya. Laporan terkini menunjukkan bahawa obesiti adalah salah satu penyakit yang meragut hampir 600 juta nyawa di seluruh dunia.

Masalah obesiti juga berkait rapat dengan corak pengambilan makanan. Alasan penat bekerja, tidak cukup masa dan sering pulang lewat ke rumah menyebabkan ramai tidak sempat menyediakan makanan sendiri lalu menjurus kepada orang ramai mengambil makanan yang tidak sihat.

Image via Market Watch

Kajian menunjukkan orang yang menghadapi masalah obesiti berpotensi tinggi untuk menghidap penyakit-penyakit berbahaya seperti sakit jantung, penyakit angin ahmar, kencing manis, kanser bahkan turut mempengaruhi kesihatan mental.

Seorang lelaki yang sebelum ini pernah dalam kategori obesiti telah berkongsikan tips dan cara-cara untuk kawal nafsu makan

Jazli Hassan yang sebelum ini memiliki berat sebanyak 183kg telah berjaya mencapai berat ideal iaitu 78kg menggunakan tips-tips yang dikongsikannya itu, dan turut mengakui bahawa memang sukar baginya untuk melawan nafsu makan pada awalnya.

Namun begitu, berkat kecekalan serta mempunyai motivasi yang tinggi telah mendorong dia untuk mengawal nafsu makannya agar dirinya kekal sihat. Oleh yang demikian, Jazli menggesa agar orang ramai, lebih-lebih lagi yang mempunyai masalah obesiti untuk turut sama sihatkan diri sebelum terlambat.

Berikut adalah tips kawal nafsu makan:

1) Baca doa sebelum makan

Nampak simple mengikut pemerhatian saya dan hasil pengalaman saya antara beberapa kali kita makan jarang-jarang kita baca doa. Lagi-lagi kalau berhadapan dengan makanan yang sedap. Cuba berdoa sampai habis lihat makanan dengan ketenangan nak nikmati makanan secara pelahan-lahan.

Berdoa menguji kita bersabar dan muhasabah diri ketika berhadapan dengan makanan di samping itu mengajar kita bersyukur dan jangan malu untuk buat perubahan. Sedikit perubahan akan berikan kesan mendalam.

2) Berbisik dalam hati

Ramai yang suka berbisik dengan suara hati sesuatu yang negatif lagi-lagi ketika terlihat orang makan yang sedap-sedap. Akhirnya muncul lah, "HIDUP INI SEMENTARA RUGI KALAU TAK MAKAN".

Cuba latih 'aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan'. Set-kan dalam minda selama beberapa tahun aku hidup berikan peluang untuk diri aku sendiri membuat perubahan sebelum terlambat. Selalunnya bila dah terlambat baru nak berubah makan yang baik-baik. Cuba berkata atau berbisik dalam hati sesuatu yang positif.

3) Mulakan dengan meminum air dahulu atau makan buahan dan serat

Zaman nabi dahulu, mereka mulakan dengan meminum air atau makan dengan buah-buahan atau dengan sayuran yang berserat, sebelum menjamah makanan yang berat-berat, dan berhenti sebelum kenyang.

Hal ini bila kita makan buahan dan serat dahulu atau dahulukan dengan air, kita dapat stabilkan asid dalam perut dari mengganas dan itu punca nafsu kita naik macam setahun tak makan.

Tenangkan fikiran jangan ikutkan hati. Makanan sedap sentiasa ada dan semakin hari semakin banyak menu sedap-sedap tapi kesihatan sihat sekali sahaja datang kalau dah sakit perlukan masa lama untuk sembuh.

4) Makan perlahan-lahan dengan ketenangan

Dalam sepuluh orang pemerhatian saya di kedai makan, hanya dua atau seorang yang baca doa dan mula menjamah secara pelahan-lahan menikmati makanan. Yang lain kalau order datang lambat siap marah-marah. Ada makanan panas pun dia kunyah juga.

Sebab itu bila dah habis satu pingan makanan pun rasa tak kenyang. Penghayatan dan nikmat makanan itu tak ada. Makan ikutkan hati yang bertopengkan nafsu makan yang membuak-buak. Kawal dan anda boleh cuma hati sentiasa berbisik yang negatif. Macam-macam alasan timbul.

5) Jangan terpedaya dengan rupa makanan

Zaman serba canggih ini bukan nafsu makan je membuak-buak, hospital pun makin penuh dengan orang sakit. Mana taknya, pantang tengok iklan makan yang hebat dan pelbagai kreativity. Sabar awak jadi pengguna yang bijak dan berilmu jangan ikut nafsu.

Orang itu meniaga makin ramai orang makan makin maju perniagaannya. Kita nak support bussines mereka boleh, cuma cuba makan dengan penuh bijaksana. Janganlah makan dah lewat malam. Bahaya!

Kena ingat nafsu itu ego kita, perangai kita, emosi kita. Awak itu mastermind untuk seluruh fungsi tubuh awak. Dulu saya selalu kata dalam diri saya, Jjauh dah aku berusaha. Kalau sebab makanan ini aku tewas, memang aku seorang loser."

6) Makan kerap tapi sedikit-sedikit

Ini paling sikit orang buat. Cuba bertenang, sabar dan muhasabah diri. Helloooo makanan dekat Malaysia terlebih dan antara negara paling banyak pembuangan sisa makanan. So situ kita dah boleh tahu peratus nak kebuluran itu tak akan berlaku.

Cuba latih makan makanan yang sihat. Bila kita ambil sedikit-sedikit tapi kerap dapat melatih kita makan ikut kuantiti kecil tapi kerap, berbanding kuantiti besar tapi sedikit lama ia akan jadi saiz yang besar.

Satu lagi bila kita masukkan makanan kerap dalam perut kita ia dapat mengawal proses kelaparan terlampau kerana ia dapat mengawal keaktifan asid dari mengganas. Jangan amalkan makan waktu tak betul itulah punca nafsu makan buaya anda timbul.

7) Sentiasa ingat mati

Jangan takut! Mati itu pasti. Cuba makan sesuatu yang sedap itu kita ingat mati. Bila kita ingat mati kita akan lebih bersyukur. Mental kita akan berubah secara automatik. Selama ini kita makan bukan gunakan akal tapi gunakan nafsu serakah yang tak tentu pasal rakus meratah makanan. Bila sakit 3 serangkai datang baru sibuk nak cari pemakanan sihatlah.

Ubah gaya hidup sihat. Saya dulu hanya asid reflux je baru kawal makan kaw-kaw. Semua sekat minyak, pedas, lemak, masin terlampau. Jangan buat sesuatu yang bodoh lagi. Cuba jadi seorang yang pandai menikmati makanan dengan cara betul. Makan dengan keadaan bersyukur baru kita berjaya kawal nafsu makan.

8) Rancang pemakanan sebelum pergi makan

Latih diri untuk pergi makan di luar latih diri baca menu awal-awal untuk merancang diri ini makan dengan tenang. Bila kita ada perancangan kita akan ada kesabaran sekali gus dapat kawal nafsu pemakanan kita menjadi lebih baik. Jangan perut dah lapar sangat baru nak cari kedai makanan lepas itu semua ada dalam menu nak order. Orang hantar salah order pun balun katanya dah lapar.

Sebab salah kita sendiri tak rancang masa dan waktu makan dengan betul serta tempat pemilihan makan salah main hentam je. Nak latih membuat perubahan memang banyak pengorbanan tapi demi kebaikan. Dulu saya siap tanya awal-awal tempat itu makanan macam mana, masakan apa ada dan lain-lain.

9) Belajar “THROWBACK” dan “MEMORY RECALL”

Saya dulu bila diuji depan makanan sedap saya mesti terbayang suka duka saya buat senaman macam separuh mati, saya dah korbankan pelbagai untuk sampai ke sesuatu tahap takkan saya nak ikutkan nafsu makan macam-macam hanya dalam beberapa minit sahaja semuanya musnah.

Bila susah juga saya akan 'memory recall' balik kenapa saya nak berubah bila dah menusuk kalbu baru saya tersedar betapa jauh lagi perjalanan saya secara automatik saya akan dapat mengawal nafsu saya. Lama-kelamaan saya semakin ingat pada matlamat saya.

10) Ikhlaskan hati dan redha

Sekuat mana pun nafsu makan kita cuba juga hayati cara ikhlaskan hati dan redha. Lama-lama anda perlu juga berubah. Sesuatu nikmat yang sedap ini tak kekal lama. Dulu saya suka makan nasi lemak paru, mee goreng mamak telur mata dengan ayam goreng. Sekejap je sedapnya masuk mulut kunyah telan esoknya jadi najis keluar tapi akibat kita ikutkan nafsu saya di serang sesak nafas teruk.

Dari situ saya mula belajar ikhlaskan hati dan redha. Saya set-kan dalam minda saya cukuplah saya seksa diri saya dengan makanan. Tiba masanya saya buat perubahan. Selagi berkesempatan untuk berubah, berubahlah. Percaya cakap saya, bila kita makan ikut nafsu hancur binasa kita.

Mudahan sedikit perkongsian pengalaman saya ini dapat berikan kesedaran bahaya kita mengikut nafsu makan kita

Janganlah ikut nafsu makan kita. Banyak saya terlihat di hospital-hospital terlantar menyesal dengan kehidupan mereka yang terlalu mengikut nafsu ketika makan.

Sila share dan tag-kan pada sahabat-sahabat anda yang obesiti.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.

Ayuh, sihatkan diri kita!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi tips kuruskan badan di SAYS Seismik:

You may be interested in: