"Mudanya" - Ramai Ingat Boyfriend, Gadis Ambil Gambar Konvo Dengan Ayah Ini Jadi Bualan
Rambut ayah dia style K-pop.
Sekarang ini memang musim istiadat konvokesyen diadakan di universiti masing-masing
Para graduan sudah tentu membawa ibu ayah masing-masing untuk datang bersama demi meraikan hari bahagia itu. Iyalah, bertahun-tahun belajar demi segulung ijazah, mestilah kena raikan dengan yang tersayang.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis memuat naik gambar graduasinya bersama ayahnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah nampak muda, ramai ingatkan boyfriend
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang gadis memuat naik gambar graduasinya bersama ayahnya di universiti.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ramai yang menyangka ayahnya itu adalah teman lelaki. Ayahnya itu memang kelihatan sangat muda sehingga ramai salah sangka.
"Orang fitnah ni boyfriend i, tapi sebenarnya ini ayah i", tulisnya.
"Macam mana your dad jaga rambut? My dad also muda lagi but rambut dah botak tengah" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1K retweets, 213 quote tweets dan 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Kalau cakap dating dengan boyfriend pun orang percaya je! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment