seismik

[VIDEO] Budak 3 Tahun Tolong Ibu Lipat Kain Sambil Seronok Nyanyi Ini Jadi Perhatian

Pandainya dia.

Cover image via @rearadzi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memiliki anak kecil sudah tentu akan memeriahkan lagi suasana di rumah

Telatah mereka yang panjang akal dan selalu ingin mencuba sesuatu itu kadangkala membuat ibu ayah merasa geram melihat mereka. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak perempuan pandai melipat kain telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@rearadzi

10 Dec 2022 ni awak masuk 3 tahun humaira.. Ummi rasa masa mengandung dulu takde plak ummi asyik menyanyi je . Aaaghisauu #faihaalhumaira #perangaisiapani #fyp #tips #tipslipatbaju

original sound - rearadzi - rearadzi

Baru umur 3 tahun, tapi dah pandai tolong ibu lipat kain

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang merakam gelagat anak perempuannya di ruang tamu rumah mereka. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak perempuan itu dilihat rajin melipat kain yang baru dibasuh ibunya. Dia kelihatan gembira sambil bernyanyi semasa melipat baju. 

Situasi itu membolehkan ibunya meringankan beban di rumah. Ibunya juga pelik melihat anaknya seronok menyanyi sambil lipat kain. 

"Lepas ini datang rumah acik tau bawak alat tu sekali" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 168K tontonan, 12K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji budak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Senang kerja mak dia ya, ada tukang lipat kain dah lepas ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: