Muka Nampak Sembab & Kusam Sebab Eyebag Berkilo? Ini 5 Tips Mudah Untuk Hilangkannya
Jom cuba tips ni!
Masalah eyebag di bawah mata sering terjadi dalam kalangan wanita
Selain menangis, eyebag juga berpunca daripada tabiat susah tidur, tekanan, alahan, faktor keturunan, water retention dan sebagainya.
Kehadiran eyebag ini sedikit sebanyak menjejaskan emosi kita terutamanya apabila ingin berdepan dengan orang ramai.
Kali ini, admin nak kongsikan lima tips mudah untuk anda hilangkan masalah eyebag ini. Mana tahu berkesan kan? Jom lihat tips di bawah!
1. Timun
Image via Jiwa Sihat
Ini adalah tips yang paling mudah. Pasti di dalam peti ais rumah anda ada timun yang belum dipotong kan? Hiris timun menjadi kepingan bulat kemudian letakkan di kawasan eyebag selama 15 minit. Petua ini boleh dilakukan setiap hari dan ia juga bagus untuk merehatkan mata yang pedih.
2. Kentang
Image via Pasar
Kentang mengandungi enzim yang membantu untuk mencerahkan kulit wajah. Cara menggunakannya adalah cuci kentang dan hiris kepada beberapa keping. Tekapkan hirisan kentang di bahagian eyebag selama 10 hingga 20 minit sama ada sebelum atau selepas tidur.
3. Uncang teh
Image via Sabun Arang Sental Asli (Facebook)
Selepas merendam teh, uncangnya jangan dibuang. Basuh sampai bersih dan sejukkan di dalam peti ais selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, tekapkan uncang pada bahagian mata selama 15 minit sama ada sebelum atau selepas bangun tidur.
4. Kuning telur & lemon
Image via Rapi
Campurkan sebiji kuning telur, sesudu madu dan sedikit perahan lemon di dalam satu cawan. Kemudian, bancuh kesemua bahan tersebut sampai sebati. Sapukan di bahagian eyebag sebelum tidur dan cuci keesokan harinya. Mesti berkurang sedikit eyebag tu.
5. Minyak badam
Image via Sentiasa Panas
Mengikut kajian, minyak badam baik untuk mengurangkan kesan eyebag kerana mengandungi vitamin E yang tinggi. Caranya, sapu di sekeliling mata sebagai pelembap sebelum tidur. Petua ini juga membantu meratakan tona kulit di bawah mata agar kelihatan tidak kusam.
Kesemua bahan di atas sangat mudah didapati. Apa kata anda cuba salah satu tips yang diberi, pasti berkesan! Belum cuba belum tahu :')
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment