Mula-Mula Ingat Nak Buat TikTok Bersama, Gadis Tak Sangka Pula Dilamar Kekasih
Tahniah.
Pasangan bercinta pasti mahukan hubungan mereka itu untuk ke peringkat seterusnya bukan?
Selepas lama bercinta, sudah tentu ramai pasangan yang mahukan hubungan itu ke fasa seterusnya iaitu fasa perkahwinan. Kalau dah sampai masanya apa salahnya.
Zaman sekarang bermacam-macam cara lamaran yang dilakukan oleh si lelaki pada kekasih mereka. Sudah pasti momen tersebut akan diingati sampai bila-bila.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang gadis terkejut sebaik saja dilamar kekasihnya ketika mereka mahu membuat video telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Pusing belakang tengok kekasih pegang cincin
Menerusi video tersebut, kelihatan pada awalnya pasangan berkenaan mahu melakukan video TikTok bersama di sebuah kawasan.
Namun, si lelaki dilihat sudah melutut ke bawah semasa isterinya menghadap ke tempat lain untuk melamarnya.
Sebaik saja gadis itu pusing, dia pada awalnya ingat sekadar gurauan tapi bila dilihat kembali dia mendapati kekasihnya itu memegang kotak cincin untuk melamarnya.
Image via @haziqkhairuddin41 (TikTok)
"She had to look twice to realize it’s not a dream" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan ada yang memuji kecomelan pasangan itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 279.1K likes dan 1,110 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @haziqkhairuddin41 (TikTok)
Image via @haziqkhairuddin41 (TikTok)
Image via @haziqkhairuddin41 (TikTok)
Image via @haziqkhairuddin41 (TikTok)
Image via @haziqkhairuddin41 (TikTok)
Comelnya, semoga dipermudahkan segala urusan majlis nanti :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment