"Macam Servis Hotel" - Tindakan Bapa Mentua Hantar Makanan Pantang Ini Dipuji Netizen
Sempoi bapa mentua dia.
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka betul tak?
Begitu juga dengan menantu, mereka ini sudah dianggap seperti anak sendiri selepas saja berkahwin.
Untuk kaum wanita, berpantang selepas bersalin itu adalah perlu untuk menjaga luka supaya cepat sembuh. Banyak pantang larang yang perlu diikut. Kebiasaannya, si ibulah yang akan menjaga mereka tidak kiralah ibu sendiri atau ibu mentua kerana mereka lebih tahu.
Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat bapa mentuannya yang menghantar makanan pantangnya ala-ala seperti 'room service' di hotel telah menarik perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Luah rasa kecewa dengan masakan penjaga
Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsi gelagat bapa mentuannya yang baik hati selepas menghantar makanan pantangnya.
Malah, bapa mentuanya itu siap bergurau seperti room service di hotel dan meletakkan makanan yang sudah siap dimasak di atas meja makan.
Difahamkan, ia kerana dia merasa tidak berpuas hati dengan masakan yang telah disediakan oleh penjaganya atau confinement lady (CL).
Lihat ciapan itu di bawah:
"Bestnya dapat mentua yang baik & sayang kita" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 587K views, 2,568 retweets dan 8,057 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!