Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Murid Maut Digilis Treler, Isteri Pemandu Marah Sebab Suami Dibantai Teruk

Difahamkan, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis sehingga kini.

Cover image via Harian Metro Kisah Dunia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan sebuah tragedi yang berlaku kepada seorang murid tahun 3

Murid tersebut maut digilis treler ketika dalam perjalanan pulang daripada sekolah di Kampung Telok Gong. 

Menurut sumber, Allahyarhamah Nurul Jannatun Assyifa membonceng motosikal yang ditunggang oleh pengasuhnya. Difahamkan, adik lelakinya juga ikut membonceng motosikal itu tanpa memakai topi keledar. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku di ambang Ramadan yang mana baju raya sedondon untuk keluarga itu baru saja siap

Difahamkan, pengasuh arwah juga merupakan jirannya. Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah motosikal tidak terkawal disebabkan jalan yang berpasir sehinggakan mereka bertiga tersungkur di jalan raya.

Walaubagaimanapun, sebuah treler dilihat memandu ke arah perjalanan Telok Gong dan tidak sempat mengelak. Akibat itu, ramai sangkakan pemandu itu punca dan dia dipukul oleh orang awam.

Menurut sumber, bapa allahyarhamah, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin ketika ditemui semalam meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat menatap wajah anak sulungnya itu buat kali terakhir.

Image via Utusan Malaysia

Sementara itu, isteri kepada pemandu treler dilihat berang kerana suaminya dipukul teruk

Ramai orang awam yang bertindak memukul pemandu treler itu kerana percaya punca kemalangan berlaku disebabkan kecuaiannya.

Namun, wanita yang dikenali sebagai Ezza dipercayai merupakan isteri pemandu treler menasihati ramai orang supaya tidak menyerang pemandu itu secara melulu. 

Difahamkan, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis sehingga kini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment