Gara-Gara Excited Sangat, Budak Lelaki Tolak 'Bontot' Biri-Biri Ini Buat Ramai Terhibur
Dik, tu bukan kucing tau!
Kebiasaannya, ibu bapa akan membawa anak untuk meluangkan masa bersama sekali-sekala
Antara tempat yang menjadi tempat tarikan ibu ayah membawa anak-anak ialah zoo, ladang biri-biri, farm in the city dan banyak lagi.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak terlalu excited di ladang biri-biri telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba tolak bontot biri-biri sebab geram sangat
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki dan ibu bapanya sedang melawat ke ladang biri-biri.
Namun apa yang lebih menghiburkan adalah apabila budak lelaki itu dilihat selamba memegang dan menolak bontot biri-biri tersebut. Difahamkan, dia sangat teruja dan geram dengan biri-biri yang ada di situ.
"Anak saya hari itu nak cium muka kambing tu, lepas itu kutip taik, dia ingat tu coklat agaknya"- Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 433K tontonan, 20K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!